Isnin, 24 Ogos 2009

kemeriahan ramadhan

Alhamdulillah..bertamu lagi kita dengan ramadhan tahun ini.Selamat meneruskan ibadat puasa dan semoga iman kita menemui kemanisan yang luar biasa.

Ramadhan ni adalah yg pertamanya saya menyambut sebagai seorang suri.hehehe satu anugerah yang istimewa dirasakan.kebetulan awal ramdhan disambut dalam cuti pertengahan semester.jadi,kami blik sambut dekat kampung..

awal cuti seminggu sya dan suami habiskan cuti dikampung saya,ekoran menjaga adik saya yang sedang mengikuti percubaan PMR.mak dan ayah saya pergi jhor tengok kakak saya..permualaan ramadhan tiba,Suami saya ajak sambut malam pertama terawih disurau kg dia.sebab katanya mmg awal lagi dah niat nk jdi imam tuk mlm pertama terawih.

Ajakan ustz(sya lebih selesa bhasakan ustz) sya sambut dgn diam.terfikir adik yang bongsu kat rumah,tak sampai hti tinggalkan dia sorang2.dari pagi sampai mlm sya teremenung berfikir,serba salah pun ada jugak.nak tolak tak sampai hati,risau mengecewakan hati ustaz.mak dekat kg sana pun telefon bgitahu orang2 kg tnya ustaz blik tarawih sni tak?diorang harap sngat ustaz blik.sememangnya ustaz sngat rapat dengan orang kampung.

Alhamdulillah,tetiba dapat msg adik kembar sya bgitahu dia on the way blik rumah .Ya Allah,tenang rasa hati.sekurang2 ada jugak yang teman jga adik bongsu sya.

petang tu jugak kami bertolak blik yan.sampai2 sana lgi 15 minit nk msuk isyak,sempat siap2 dan kemas diri.Alhamdulillah,kepulangan kami disambut mesra adik beradik yang lain yang sama2 blik jugak,semua nmpak happy sok nk puasa.

rumah ustaz,depan surau jer.dengar ja azan,rasa syahdu sngat2.berkobar2 nk pegi solat terawih dalam suasana dan tempat yang baru.kami jalan kaki pegi surau satu family.sampai2 ja depan surau,jemaah yang lain menyambut ustaz,semua happy and seronok.dalam riuh2 tu terdengar sorang jemaah jerit kata,"haaa,kan saya dah kata,ustaz mesti blik jdi imam.."Ya Allah,terkedu saya seketika.bayangkan klu kmi tak dapat blik..

Alhamdulillah,sepanjang terawih tak henti sya mengucapkan sykur.mmg tak sngka meriah sngat2 terawih dekt surau tu.jemaah penuh smpai depan pintu surau..sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terjadi.

begitulah,antara istewanya ramadhan adalah dengan adanya solat terawih.semoga kita dapat sma2 mengimarahkan bulan mulia ini dengan berpesta ibadah.insyaALLAH..

Khamis, 20 Ogos 2009

the 'kiub' ppm...

Operasi pengkemasan kiub ppm oleh tokoh2 srikandi hebat PPM.
Operasi dilakukan pada ari jumaat,waktu orang laki pergi sembahyang jumaat
MT2 yang free turun tuk mencantikkan kiub ppm.yang terlibat intan,qayyum,abel dan husnil sendri.Terima kasihtersangat2 dekat semua yang sudi trun sama2 berganding bahu.Sapa2 yang nk tngok kiub yang dah cantik tue pergi la lawat yer.Dan pada akhir operasi husnil belanja makan.nasi goreng yang dimasak sendiri..hehehe

abel..walupun penat2 kemas kiub kena pergi usrah siannn..



Qayyum..walupun pun tak sihat n sibuk urus tuk gerai konvo
tetap setia turun bantu


husnil comey..hehehe walupun bnyak kerja kena buat tetap rasa happy sebab ada kawan2 yang baik menemani dan menghiburkan.



Intan...walupun penat panjat susun buku2 n kotak, kena pergi rumah ikan uruskan ikan lak.maseh intan..

Isnin, 17 Ogos 2009

membina usrah sai'dah

Alhamdulillah,ada sedikit bingkisan hati buat tatapan teman2 tersayang.maaf yer sebab lambat letak gambar walaupun ramai sahabat2 yang tnya dan mintak.Kerana kesibukan yang melanda,baru sekarang berpeluang nak edit blog nie.

tengah berdebar tnggu nk akad...

Alhamdulillah..dah selesai akad



Selasa, 4 Ogos 2009

Buku 130 persoalan Solat Jamak Qasar

Selalu juga saya ditanya dengan pelbagai persoalan berkaitan solat jamak qasar. Ada sesetengah soalan itu yang susah juga nak dijawab, almaklumlah soalan jenis canggih - canggih.

Baru - baru ini, saya bertemu dengan Ustaz Muslim, ditunjuknya sebuah buku terkini yang menjelaskan berkaitan pelbagai persoalan dan masalah solat jamak qasar yang menjadi tanda tanya ramai orang.

Sebaik sahaja saya melihat isi kandungannya, terus saya minta beli. Menarik sangat, jawapan kepada pelbagai persoalan yang diketengahkan merangkumi banyak masalah terkini.

Contohnya, macamana nak kira sempadan daerah bagi orang yang tinggal di kawasan perumahan yang besar seperti di Presint - presint kat Putra jaya? Boleh tak solat jamak bagi orang yang ditugaskan menjaga peti undi, doktor bedah, polis trafik? Boleh tak solat jamak qasar di rumah mak mertua? dan macam - macam lagi soalan yang sangat menarik.

Untuk menarik pembaca, diselitkan sedikit seloka lucu bergambar yang pada saya menjadikan bahan ilmiah lebih santai dan mesra perasaan :)

Mengenai kandungan dan hukum yang diketengahkan, semuanya adalah berpandukan kepada fatwa, kitab muktabar, ulama hebat dan rujukan disertakan untuk panduan. Jadi, jangan bimbang kalau - kalau tersesat atau lari daripada syarak.

Menurut ustaz Muslim, buku yang ditulis oleh dua orang sahabatnya tu, dah diulang cetak dan terjual 2000 naskah.

Buku ini tak ada dijual di pasaran, ustaz penulis tu jual sendiri - sendiri. Jadi kalau pi ke kedai buku tak ada buku ni sebab penulis tidak mengedar melalui mana - mana penerbitan.

Saya sarankan setiap orang memiliki buku ini, kerana saya yakin setiap orang akan bermusafir, berjalan atau menghadapi satu situasi yang perlu kepada solat jamak qasar.

Kalau nak buku ni, sms 0199895134 @ email saya. Saya boleh tolong dapatkan. Insyaalah.

Harga? Kat kulit buku tu tulis RM 12 saja... murah sangat kalau nak banding dengan novel cinta yang harganya 50 lebih :)


Ahad, 5 Julai 2009

terima kasih semua..!

Alhamdulillah(3x)..hari ini bermulanya sesi belajar tuk sem baru..selesai sudah cuti sem yang pnjang yang pada saya cuti yang paling bermakna sngat2.

Sebenarnya nk tujukan ucapan terima kasih pada insan2 yang telah berjasa bnyak membantu sya menjayakan majlis pernikahan saya ari tu.Bermula ucapan trima kasih yang tak terhingga pada mama,mama,mama yang begitu bnyak keringat yang dicurahkan,yang menjadi tempat terluahnya segala persaan tak kira gembira,sedih,marah,kecewa,stress mahupun penat.mmg tak dapat dibayangkan klu mama tak da,sungguh tidak.mmalah orang yang paling gembira tuk perkahwinan ini,mama jugak orang yang paling tersa sebak saat berlansungnya majlis akad nikah dan mma jugaklah penaung kekuatan tuk diri ini saat menghadapi apa jua ujian yang datang.seluruh tinta azimat kasih sayang dan jutaan nasihat mma curahkan.alhmdulillah,sykur snagt kerana dikurniakan seorang mma yang hebat.Buat abah jugak,trima kasih bnyak.ditangn abah terangkatnya ijab kabul dengan sempurna dan mudah.terima kasih mama abah.

Buat ahli keluarga yang lain,kakak yang sngat bnyak membantu jugak.walaupun jauh setiap hari tak pernah lekang call tnya perkembangan dan persiapan.rasa terharu sngat bila tengok kakak dengan perut memboyot besar bersemangat kehulu kehilir tuk memastikan majlis berjalan lancar,mengatuk persiapan2 semua.buat kembar saya jugak,thnks kerana tak pernah lelah membantu tak kira apa jua masalah yang dtang.walaupun saya yakin dalam hati dia bersarang rasa pilu dan sedih,namun kata2 semangat sentiasa diberikan,keringat yang dicurah tak pernah henti,sanggup bawak kawan tuk sama2 bantu,rai dan kak(lupa lak nma) thnks jugak sbb membantu keluarga kami dengan sepenuh hati,berjaga sampai tengah malam tolong urus cenderamata,dan mcm2 lagi.buat baling jugak,terima kasih sebab sanggup balik dari jauh tuk tengok adik balong ni kawen serta adik2 yang lain yang tak pernah penat tu turut membantu.terima kasih yang tak terhingaaa..

akhir sekali,buat suamiku jugak,terima kasih kerana memberi begitu bnyak idea2 dan penyelesaian saat diri ini dalam kebuntuaan.thanks sbb memberi sepenuhnya komitmen dalam menjayakan majlis tersebut,terharu sngat2..

buat teman2 doakan mga rumah tangga yang terbina ini sentiasa dinaungi rahmat ALLAH dan bahagia selamanya..amin..

Ahad, 26 April 2009

bingkisan raja sehari

Asalamualaikum..alhamdulillah..dengan rasa penuh kesyukuran yang tak terhingga pada ALLAH yang Maha pengasih dan penyanyang masih diberi kesempatan untuk sya mengerakkan jemari ini di kekunci keybod melakar sedikit jemputan.hehehe Buat teman2,sahabat2,kakak2 dan abang2 ke majlis walimatul urus saya.Pada sesiapa yang saya tak sempat bg kad maaf sgat2 ya..kerana kekangan masa,tak dapat sya nk bertemu dgn semua untuk menghulurkan kad.terutama buat rakan2 dari pusat sains kajihayat USM dan exco2 serta PE persatuan biologoi,sahabat2 dalam Pergerakan perkhidmatan masuyarakat(PPMM) dan teman2 dalam persatuan mahasiswa islam.Harap dapat trima jemputan dekat blog nie yer..dibawah adalah maklumat2 majlis sya..

Majlis:Walimatulurus saya(husnil amariyaty bt mat rejab) serta abang saya(ahmad syairazy b.mat rejab).
Tarikh: 31 mei 2009
Hari : Ahad
Tempat:di kediaman sya,Belakang sek.keb.Tunjang,06000 Jitra.
Pertanyaan:019-9890521 &0174620241

Rabu, 15 April 2009

Hatiku rindu...tapi..


Ya...hatiku rindu tapi tingkahku menidakkan utkku bertindak meluahkan rindu itu..rinduuu,rindu pada kakakku yg amat ku syangi.namun,kumenyepikan diri dari dia.rasa bersalah sngat2."Kakak mintak maaf sngat2,sbb menyepikan diri dari kakak.tak angkat telefon tiap kali kakak col.rasa sedih bila terfikir balik..." Tapi mmg sapa2 yang tak berkenaan col mmg d*** tak angkat,tak nk menggangu emosi buat msa ni.nk tumpu exam...Bukan niat ingin mengeruhkan keadaan,bukan niat ingin pinggirkan diri.tapi,hati ni terasa sesuatu dgn kakak.tersa sngat2,sampailah bila tangan ni pegang anset nk col kakak,mesti tak jadi,rasa sebak..tapi walaupn mcm tu,perkembangan kakak tak pernah d***(panggilan dirumah) lupa ambik tahu.hari2 col tnya mama perkembangan kakak.mcm mna kandungan kakak,kesihatan kakak.

Buat kakakku,sebenarnya teringin sngat harap kakak faham dan memberi sokongan.sebenarnya,waktu nk buat kepeutusan ttg perkara tu,d*** tak buat secara tiba2 mahupun terburu2..d*** tahu ini bukanlah perkara biasa yg bleh buat main2.beberapa mlm d*** buat istikharah mhon diberi ptunjuk untuk membuat kputusan dgn yakin.tak lupa solat hajat dan munajat pada ALLAH sebnyaknya.D*** tak bgitahu sesapa sblm d*** dapat jawapan.ALhamdulillah,setelah rasa yakin barulah d*** bgitahu semua.D*** tahu ramai yg sush nk trima.tapi percayalh d*** ada sbb tersendiri.D*** bukan pkir hnya utk kpentingan diri semata2 tapi semua d*** fkir.D*** yakin dgn apa yang ALLAH tetapkan dan d*** yakin juga ALLAH lbih mengetahui apa yg terbaik.

Alhamdulillah,mama abah restui..adik beradik yg lain pun terima.tapi kakak mcm tak suka.d*** terasa..mcm2 kakak tnya,mcm2 kakak soal.tiap kli lpas ckap dgn kakak d*** nagis.tapi selagi termampu d*** bersabar dan menerangkan dgn baik.D*** bersangka baik pada setiap yg kakak cakap.walaupun sedih tapi d*** tahu kakak risau kan.tak ykin dgn adik kakak ni.percayalah kak,setiap yg baik itu,ALLAH akan beri pertolongan.D*** tak kisah kalau org lain cemuh dan tohmah mcm2,sbb diorang tak tahu dan tak faham,diorang tak pernah lalui dan lihat.jadi pada kita yang ada ilmu,pada kita yg tahu,tak bleh lah kita nk melenting dan melatah seperti mreka.yaaa sbar dan kuatkan iman,itu yg penting.Setiap hari d*** sentiasa berdoa moga ALLAH permudahkan dan moga ALLAH buka pintu hati semua utk menerima dan memahami.

Sememangnya kita tak mmpu utk memuaskan hati semua org.dan sememangnya klu ada orang yg membangkang dalam kita melakukan perkara yang baik itu,maka kita sebenarnya berada dijalan yg betul. "hai orang2 yang beriman,jadikanlah sabar dan solat sbg penolongmu,sesungguhnya ALLAH berserta orang2 yang sabar.."..yaaa saya perlu terus bersabar...

Saat ku menyendiri ini,bukanlah untuk membina jurang dan kebencian dalam hati.tapi ku mnyendiri ini,adalah untuk ku membina kekuatan dan kasih sayang dan cinta yg lbih mantap dalam hati,moga apabila pulang nnti dapat kumenjernihkan kembali hari2 yang telah keruh berkocak supaya kembali tenang.ku rindu pada kemesraan dulu,kurindu pasa kenangn lalu,gelak tawa dan cerita2 lucu bila kita berkumpul ramai2..ermmm rindu sngat2..percayalah,cinta yg suci itu tidak memisahkan tapi menyatukan..

Ahad, 12 April 2009

nilai kehidupan..

“kehidupan ini kalau direnung dalam-dalam ia bagaikan angin bermusim ombak bersabung.tak dapat kita leraikan kusutnya antara simpulan masa dan peristiwa.kadangkala kita rasa diri sudah cukup dengan kebaikan dan adakalanya kita bagaikan tak pernah melakukan apa-apa selain dari mencemarkan diri dan menghitamkan hati.tanyalah pada diri dimana iman kita.dimana islam kita,dimana dakwah kita,dan dimana ukhwah kita..moga hidayah Allah sentiasa besinar di jiwa kita…”

#Nilai hidup letaknya pada hati dan perasaan bukan pada harta dan kekayaan.sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara,di akhirat sana yang kekal abadi,dunia ini hanyalah persingahan sementara untuk kita nikmati khayalan yang penuh dengan kedukaan.

#Kemuliaan hidup seseorang itu tidak kerana pendidikanya atau pekerjaannya,seseorang itu jika dimuliakan Allah pasti akan juga mulia dimata manusia.

#Kata Ibnu Athaillah,:la yukhriju asy syahwata illa khaufun muz’ijun aw syauqun muqliqun..;
maksudnya:tidak ada yg dapat mngusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang mengetarkan hati,atau rasa rindu kepada Allah yg mambuat hati merana..

#orang yang jiwanya dibersihkan oleh takwa,fikirannya disucikan oleh iman,dan akhlaknya dihiasi oleh kebaikan akan menerima kecintaan dari ALLAH dan sesama.
#kebahagiaan adalah sebuah pohon yang airnya,makanannya,udaranya,dan cahayanya adalah sebuah keimanan kepada ALLAH dan akhirat.

#Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayangnya, belas kasihannya dan kemesraannya,
laksana sebatang tubuh, bila salah satu anggotanya mengadu sakit,seluruh anggota yang lain sama-Sama merasa demamnya dan berjaga malam.”(Hadis riwayat Muslim)

jangan serabut ya kawan2

Sedang dalam bertungkus lumus study untuk menghadapi exam final start hari isnin ni,berlaku satu revolusi yang sngat2 mengejutkan. Tanggal 9 april yg baru berlalu ni,semua warga USM sudah boleh mula menyemak keputusan permohonan desasiswa untuk sesi 2009/2010 dekat laman web USM.Sedang tengah study2 tu,tetiba dikejutkan oleh jeritan kecil romate sya menyatakan dia tidak dapat desasiswa.esshh sya kata silap cek kot.dah ulang cek 3 kali,jawapn yg sama jugk kluar.Dia dah mula kelam kabut dan gelabah.Bila tnya,ramai lgi kawan2nya yg lain menrima nsib yg sama.Maka bermulalah kegemparan yang luar biasa di kalangan pelajar2.dekat kafe2,jejantas,dalam bas,dekat bilik semua sbuk mmpertikaikan masalah yg terjadi ni.masing2 membuat ksimpulan dan hepotesis tersendiri,mencari mungkinkah ada agenda yg tersembunyi.Mengeluarkan punca2 dan faktor ramai yang disingkirkan dari desa..

Buat sahabt2 dan kawan2 yg tak berjaya dapat desa,jgnlah menganggap bahawa ini satu masalah yg besar sehingga boleh mentensionkan diri.ermmm ni lah masa utk kita kluar dan lbih berdikari kan.Mugkin selama ni kita teralu dimanjakan,shingga apabila tiada penempatan utk sem depan,terus semua melatah dan kelam kabut.melhat ini satu masalah yg sngat membebankan..cuba tengok pelajar2 di luar ngara,knapa mereka lbih cepat mtang dan bleh survive dekt ngara org.Diorg pergi pn tak tahu jugak dekat sna tempat tinggal dekat mna n mcm mna.ada kawan sya perempuan,waktu baru pergi dekat russia,disebabkan tak ada tempat tinggal yg dekat dgn U dia,dia terpaksa tinggal jauh.nk pergi kelas kena naik train hampir sejam dan naik bas pulak sejam baru sampai dekat u dia.Hmmmm ada baiknya klu kita ambik masa dan bertenang,dduk ramai2 dan berbincang mencari pnyelesaian kpda msalah ini.Sangat penting utk kita sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik pada sesiapa pn.Tak per lah klu tak dapat..pasti ada jln penyelesaianyaa..Rumah sewa pn bnyak kan dekat luar tu.Kalau sblm ni kita hnya klik ja dekat laptop daftar blik,pastu nnti datang U ambik kunci,terus angkut barang masuk bilik kan,tapi kali ni kna usaha sket la utk mencari tempat tinggal.InsyaALLAH,ALLAH pasti akan permudahkan..sabar yaa..

dah2 jgn serabut2..tumpu study tuk eaxam ni dulu ya..Gud luck semua tuk final exam ni.Semoga diberi ketenangan untuk menjawab dan dapat keputusan yang cemerlang..caayokk..

Rabu, 8 April 2009

Rasa berTUHAN...

Rasa Bertuhan-Mawaddah

Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati n jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya

Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar pendengaran
Penglihatan dan pengetahuannya
Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia ini tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya..

Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat

Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabnya

Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhan
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya



(nk share sangat,sebuah lirik yang begitu indah untuk dihayati..tambah kalau dengar lagu ni waktu lpas wat tahajjud,rasa kerdil sngat diri..Apakah cukup rasa bertuhan didalam diri ini..layakkah untuk berasa bangga dgn diri yang penuh kelemahan ini..subhanaALLAH..besarnya kasih sayang dan rahmat dariNYA buat kita..)

Khamis, 19 Mac 2009

Seminar dakwah

Alhamdulillah..pergerakan perkhidmatan masyrakat(PPM)USM dgn kerjasama pusat islam USM dan PMC(penang medical college) akan menganjurkan:
SEMINAR DAKWAH MAULIDUR RASUL yang membawa tema mendepani cabaran umat islam masa kini.


Perkara yang akan dibincangkan antaranya:
1)Penggunaan istilah ALLAH:agenda tersembunyi.
2)persoalan daripada bukan islam/non muslim:hidayah atau ancaman
3)kepentingan berdakwah:Tanggungjawab atau hobi.

Penceramah:
BRITHER SHAH KIRIT(chief da'wah officer,islamic information & services foundation)

Tempat:Bilik tutorial 142,USM

tarikh:28 march 2009,sabtu

masa:2.30 ptg - 5.30 ptg

yuran:RM5.00

PENYERTAAN AMATLAH DIALU2KAN!!!
hubungi Qayyum-019 9619322

sayang tersangat2...


waktu dekat laptop menunjukkan jam 4 pagi tapi mata ni masih juga segar bugar,tak tergoda lansung walupun tengok bantal tergolek2 atas katil.ni mugkin sebab angkara sekumpulan akak2 ni kot,yang menggamatkan suasana saraf mengantuk sayer.hehehe(eshh aper aku merapu nih).Sebenarnya baru balik dari surau restu berjumpa dan berusrah skit dgn akak2 ppm yang mcm2.huhuhhu nak jadikan cerita,mula2 dikhabarkan oleh kak wahida ada perjumpaan sket dekat surau restu dgn ahli2 ppm yang lain.wahhh rasa sronok sngat nk pegi.sbb rindu nk jumper dgn semua,nk mesrakan lagi ukhwah yg dah terbina,nk tahu perkembangan sahabat2 semua.ermm waktu sampi surau tu,jam dah dekat pkul 12.waktu tu mama tlefon,saya gitahu kater ada usrah,mama pelik nper wat usrah lewat2..hehehe itulah ppm,unik dari yang lain.

bermulalah perjalanan usrah atau lebih kpda perjumpaan ilmu lah..Al fatihah dimulakan dan kak wahida mengacarakan majlis.dduk2 jer dah nmpak mkanan.dgn murtabaknyer,apam baliknyer,jagung rebus lagi..bestnyerrr,dapat mkan.Tapi bila nk start jer,plik jugk tngok akak2 ni,lain jer nmpak.walaupun diorang control n wat mcm tak der paper,tapi saya leh rasa ada someting.aper pn sya diam jer,simpan dalam hati.semua akak2 duduk sebaris,eshh tetiba rasa takot,macm nk kena interview jer rasa bila akak2 mula dgn tnya2 soalan..mula dgn perkembangan diri,pastu matlamat hidup,pandangan tentang akak2 ppm,pastu soalan ttg situasi dan mcm2 lagi.tapi yang berstnyer,akak2 ni senyum jer.murah btul dgn senyuman.dan itulah yang uniknya akak2 ppm ni sbb sentiasa kaya dgn idea2 utk mgnguji dan mngajar adik2 mcm kami ni..hehehe

Buat akak2 semua,pngalaman sepanjang pagi ni mmg sngat2 manis.semnis kenangan yang kita lalui sepnjang bergerak kerja dan berdakwah.kalau boleh rasa nk hentikan masa waktu jer,nk waktu tu tak berganjak supaya kita dapat terus bersama.dari awal mmg tak henti gelak dan ketawa.kadang2 masing2 berlumba2 mnyakat dan mgusik antara satu sama lain.malah ada jugak yg kita sembang sampai terkeluar sket dari topik,astaghfirullah..bila masing2 sedar,mula fokus balik..mmg seronok,meriah terus surau restu dgn suara muslimah2 ppm.Pada sya kita bergelak dan bersuka waktu tu bukan sesuatu yang laghaa tapi utk merasai keindahan ketawa yg boleh menggetarkan jiwa2 kita,itulah nikmat yg ALLAH anugerahkan pada hamba2NYA.dalam kita bergelumang dgn keseriusan menyiapkan tugasan dan meghadapi test serta exam,ketawa adalah pengubat yang dapat megendurkan urat2 saraf tension.huhuhu macm2 diceritakan,rasa mcm dduk sembang dalam family sendiri,waktu tu habis pecah laa rahsia masing2.kak wahid,kak fairuz,kak ana,kak asma,kak lilllah,ayuni dan qayyum..shhhh tak leh citer kt sini..

Buat kkak2 semua,kak fairuz,kak asma,kak lillah,kak wahid dan kak ana terima kasih bnyak2 kerana memberi dan membawakan sebuah penglaman yang tak mungkin saya lupakan.bnyak yg sya belajar dari akak2 semua,tak kira dari hal yang paling simple sampai lah kepada hal yg paling rumit.Yang paling penting adalah kasih sayang dan perhatian yang akak2 smua berikan,sampai kadang tersa mcm dimanjakn sngat jer..ukhwah yang akak2 bentuk,mebuatkan sya sngat2 terharu.dan satu lagi harap sngat hari bersejarah saya nnti akak2 dapat pergi,ermm teringn nk kongsikan dgn akak2 jgk.hehehe sedihnya bila fikir sem depn akak2 dah tak da.mesti sunyi ppm nnti,mesti rindu nk dngar kak fairuz berleter dan mengomel,mesti rindu nk tengok kak wahid buli2 orang dan kene buli balik,mesti terngiang2 jaa nasihat2 kak lillah yang sentiasa bersemngat,mesti terbyang2 ja senyum kak ana,mesti terasa jer kak asma yg lembut jer memujuk..ermm pasti semua tu akan jadi kenangan yang tercoret manis pada sejarah ppm.akak2 mmg best!!akak2 mmg baik..sayang tersngat2 akak2 semua,sayang dan cinta yang tak mampu saya nilaikan..

Buat ayuni dan qayyum sahabat seperjuangan sya,moga kita akan terus kkuh berjuang dalam ppm dan akan terus memperjuangkan apa yang telah dititipkan buat kita.saya sayang korang sngat2,sayang yang tak mampu sya zahirkan dgn hnya kata2..

Sedikit untaian sjak buat akak2 dan sahabat2 semua:

Ku tak pandai utk bermadah pujangga,
ku tak reti utk berpuisi lara,
ku tak bisa berseloka indah,
namun,
medan hatiku sarat dgn nurkilan cinta,
terbentuk kerana jiwa kasih yg dilakar,
oleh shabat2 seperjuangan yg hebat,
ku temui dipersada dakwah islam,
bersama mereka,
asuhan tarbiyah tak pernah henti,
oleh akak2 dan abg2 yag telh lama berjuang,
tak lokek berkongsi ilmu,
tak lelah menunjuk ajar,
pada mereka kubayangkan kekuatan mujahidah,
merelakan diasuh dan dibentuk,
dibawah lembayung ppm,
kemanisan ukhwah kurasai hadir,
belaian kasih syang meredup dan mendamaikan,
walau penat,letih,susah,payah,
menangis,merintih...
pelukan semngat dihulur,
tak kira masa dan tempat,
buat kalian kakak2 dan shabat yg kusyangi,
dimedan tempur ppm,
keluhkan rasa cinta pada ALLAH,
berjuang utk islam,
berbakti utk manusia,
moga syurga menemukan kita disana.


(sori kalau tak sesedap sjak kak fairuz dan kak lillah)

Rabu, 4 Mac 2009

Air mata di gaza

"Jadi lepas ni tak perlu boikot lagi laa"kata seorang remaja dengan wajah ceria yang dibuat2.Barangkali ucapan ini mewakili sebahagian daripada umat yang tidak mempunyai 'saudara2' di gaza yg baru2 ini meragut lebih 1300 nyawa akibat tindakan kejam tentera zionis israel..
Inillah pembunuhan beramai2 terbesar dalam abad ini.Inilah tragedi air mata di gaza yg menyayat hati. Rakyat yg kehilangan org tersayang dan harta benda meratap hiba namun air mata darah sekalipun tidak akan dapat megembalikan orang tersayang angkara perbuatan tidak berperi kemanusiaan rejim zionis.

Pada 27 januari 2009, warga palestin,Anwar al-Derim,berusia 24 tahun terkorban berhampiran sempadan gaza dgn israel.
Tragedi serangan militer ke atas kem pelarian Sabra dan Shatila pada 16 hingga 18 september 1982 tentunya agak segar dalam memori majoriti umat malaysia.Dalam tragedi itu,seramai 3000 hingga 3500 orang palestin dan lubnan terbunuh.
Golongan Phalagis(pengganas dan ekstrimis kristian) dikatakan datang dengan trak tentera.Pada mulanya mereka menggunakan pisau utk membunuh secara senyap.Dan pada keesokkannya iaitu hari jumaat,pembunuhan beramai2 dilakukan escara terbuka dan terang-terangan dengan menggunakan senapang dan bom.
Gaza pernah menjadi saksi penbunuhan beramai2 apabila Bandaraya Gaza diserang dengan Mortar 20mm pada 5 April 1956.Seramai 60 warga gaza terkorban.

Jika kita lihat ke belakang, inilah antara siri penyerangan tentera yahudi kepada rakyat palestin.Apakah selepas 50 tahun akan datang, trgedi serangan 22 hari ke atas gaza pada beberapa minggu lalu juga akan dilupakan?

Boikot!!terus boikot..inilah bentuk perjuangn dan mujahadah yang boleh dan logik dilakukan oleh kita..perjuangn boikot adalah menefestasi iman..

Ingatlah akan pesan Syeikh Yusuf Al-Qardawi
"Setiap riyal, dirham, dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akhirnya menjadi menjadi peluru yang akan menembusi tubuh saudara2 dan anak2 kita di palestin.Oleh sebab itu,adalah menjadi kewajipan untuk tidak membantu mereka dengan membeli barangan mereka."

(cebisan maklumat daripada majalah milenia muslim,edisi mac 2009)

Selasa, 3 Mac 2009

MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT(MBM)


Buat sahabat2 suma,jom laaa kita sama2 daftar untuk program mahasiswa bersama masyarakat(MBM) anjuran pergerakkan perkhidmatan masyarakat(PPM)..antara objektif yang akan dijana sepanjang program nanti ialah:

1)Memberi pendedahan kepada para peserta tentang peranan dan tanggungjawab mereka selaku anggota masyarakat yang bergelar mahasiswa/wi.

2)Memberi melatih para peserta kaedah berkesan berkomunikasi dan menyelami kehidupan sebenar masyarakat terutamanya masyarakat kampung.

3)Membentuk diri para peserta agar lebih prihatin dan sensitif dengan isu-isu berkaitan masyarakat.

4)Menerapkan nilai cintakan agama, budaya dan kemasyarakatan dalam kalangan peserta dan penduduk kampung.


Berikut adalah maklumat tentang program tersebut:

Tempat: Kg Darat pulau pinang yang akan melibatkan 3 kg.
Tarikh: 1 mei hingga 9 mei.
Bayaran: RM35.00
Tema: MAHASISWA-MASYARAKAT ADALAH SATU KOMBINASI PENTING..


kalau nak tanya atau daftar, maklumkan di sini pun boleh..(^_^)

" Marilah sahabat2ku sekelian,alirkanlah masa,tenaga,idea dan ilmu anda untuk sama2 kita berbakti kepada masyarakat..sesungguhnya kitalah pemangkin untuk suatu perubahan.."

Jumaat, 27 Februari 2009

Sabarlah dengan kerenah...


ALLAH menjanjikan kepada orang2 yang sabar pahala untuk mereka tanpa hitungan,ertinya tanpa batasan tertentu mahupun angka tertentu ataupun ukuran tertentu.namun mudahkah untuk kita sabar?

Bagaimana seorang ibu terpaksa berhadapan dengan kerenah anak2nya.Bayangkanlah kelau seorang ibu mempunyai 10 orang anak,dia terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah yang berbeza hari2.bukankah kerana nilai kesabaran yang tinggi dalam diri seorang ibu menjadikannya mampu bertahan dan masih mampu utk tersenyum.Bagaimana seorang guru, terpaksa menghadapi beratus-ratus kerenah anak2 muridnya,ada yang nakal,ada yang pendiam,cerewet,malas..Bagaimana seorang bos perlu berhadapan dgn kerenah pekerja2nya,orang2 bawahannya,klien2nya atau kerenah pelanggan2nya.Bagaimanakah seorang doktor yang terpaksa menghadapi kerenah pesakit2nya yang macam2 dari hari ke hari,bagaimana seorang pramugari terpaksa berhadapan dengan beribu macam kerenah penumpang kapal terbang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat,pelbagai latar belakang dan sikap.Bagaimana dengan kita sendiri, kerenah apa yang perlu kita hadapi sehari2? mungkin kerenah romate kita yang berbeza cara hidup,pemikiran,atau mungkin bidang berbeza, kerenah pensyarah2 kita,kerenah teman2 sekuliah dan banyak lagi antara rencah-rencam kerenah dalam kehidupan ini.

Sekumpulan teman sya daripada course berbeza seringkali merungut dengan kerenah seorang lec mereka. boleh dikatakan hari2 ada shaja cerita ttg lec mreka tu..kadang2 mereka mrungut sesama2 mereka.."eiiii..bencinya lec ni,bagi keja bnyak pastu kena anta cepat!" kadang kalau blik dewan kuliah selau jer mereka kata "menyampah dekat lec ni,cakap bnyak dalam dewan kuliah,kutuk2 orang melayu.pastu anta projek lama terus bagi projek baru..kejamnyaa"..inilah antara2nya..malah kita sendiri,tak mampu lari kadang2 akan merungut dengan kesusahan yang kita alami kankan. kadang tunggu bas lama pun dah merungut sorang2,kan..

ermm apa yang membuatkan kita sbg manusia yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah mampu untuk terus bertahan..?
kalau tanya sya,jawanpannya sangt simple, SABAR! ibnu qayyim pernah berkata.."kedudukan sabar dalam iaman laksana kepala bagi seluruh tubuh.Apabila kepala sudah dipotong maka tidak ada lagi kehidupan di dalam tubuh."

Itulah hakikat sabar..kalau kita ada sabar dalam diri, datanglah kerenah apa sekalipun, pasti kita mampu untuk mengahadapinya. Malah kita sebagai mahasiswa yang turun dalam bergerak kerja, kadangkala kita perlu berhadapan dengan kerenah teman2 perjuangn yang sangt pelbagai,kerenah orang atasan,kerenah pihak luar dan kadangkala kerenah masyarakat sekeliling.Apa yang boleh membuatkan kita untuk terus kukuh dan mampu untuk bertahan di jalan islam dan meraih kejayaan adalah iman,amal solih dan kesabaran. Sabar adalah sebab untuk mandapatkan pelbagai kebaikan dan menolak keburukan.Begitu pula sabar boleh menjadi sebab seorang hamba meraih kenikmatan abadi iaitu syurga.maka,bersabarlah sahabat2ku...

"mereka itulah orang2 yang dibalas dengan kedudukan tinggi(di syurga) dengan sebab kesabaran mereka."(Al-furqan:75)

Jumaat, 20 Februari 2009

diskusi - MUSAWAH SISTER IN ISLAM (SIS)

asalamualikum w.b. buat semua sahabat2 yang disayangi..setelah membaca ruang diskusi yang dibawa oleh cik fairuz dalam blognya, maka saya sngat terpanggil utk membuka satu ruang diskusi juga tapi dalam skop yang lebih lebar dan luas. saya percaya dan yakin bahawa golongan pendengar kita hari ini adalah terdiri daripada mereka yang mantap tahap ilmunya serta hebat dalam menyuarakan pendapat..

saya ada terbaca di dalam sebuah laman blog mengenai Musawah: Global meeting for Equality and Justice in the Muslim Family” yang diadakan baru2 ini telah menimbulkan kontroversi.sama ada antara kita sedar atau pun tidak, itulah realitinya.. kumpulan feminis liberalis muslim,sister in islam (SIS) telah membuat reformasi dalam undang-undang kaluarga islam bagi membela golongan wanita muslim yang tertindas di bawah undang-undang islam(syariah). Ia satu tamparan kepada kita sebagai muslim dan persidangan ini telah berjaya menarik perhatian media massa yang meluas, dan mereka ini mampu utk menjadi onar dalam memporak perandakan kepahaman masyaralat islam berkenaan undang2 syariah juga kedudukan wanita dalam islam. pada hemat saya, sengaja saya bawakan ruang diskusi kita untuk lebih panas, membincangkan isu2 yang agak sensitif..saya sangat mengalu2kan kepada sesiapa sahaja untuk berkongsi maklumat dan menyuarakan pendapat.

Bagi memulakan diskusi kita hari ini,pertama sekali,izinkan saya perkenalkan ahli penel kita yg pertma hari ini. Beliau ialah aktivist agama yang sngat aktiv memperjuangkan isu2 agama di united kingdom. Alhmdulillah, kita sngat bertuah hari ini kerana kita berjaya membawa beliau, seorang yang sentiasa rendah diri tapi sngat bersemangt ke konti diskusi kita hari ini. Beliau yg sya maksudkan ialah saudara Khairu Hazwan bin Mustaffa. Baiklah saudara, dengan isu yang dibwakan hari ini, sejauh mnakah saudara melihat msalah ini? Apakah peranan kita sebagai sorang yang memahami agama utk membawa isu ini?

Saudara khairu Hazwan memulakan langkah bicara..:

Pertama sekali, ingin saya ucapkan terima kasih banyak2 kepada saudari kerana sudi menjemput diri yang tidaklah hebat ini untuk mengutarakan sedikit pandangan. Sya agak tertarik dengan perbincangan yg saudari bawakan..sebenarnya isu SIS sudah sekian lama melata, tapi tak ramai yang tahu dan ambil kisah.

baiklah, org boley kata macam2 tentang islam..tp fahaman kita pasal tentang islam itu sendiri bagaimana? individu2 islam semua, apa yg diorang buat tatkala islam bertubi2 kene serang..kene tindas..Perkara utama yg perlu ditekankan ialah kefahaman individu muslim..die kne faham apa itu beriman kpd allah, ehsan, sangka baik dgn allah, etc..org yg faham benda2 ni..insyaallah..dtg lah cubaan tuk mengelirukan die dri arah mana pon..mudah2 han die dpt menangkisnya..saya bg ideologi mudah,apa pandangan kita kalau ade org nk buat bible versi bahasa melayu? ade org marah dan kata eh xboleh.. mana boley buat bible dlm BM..nnti budak2 bace..abes sesat mereka nnti..mana boleh buat bible dlm BM..nnti budak2 bace..abes sesat mereka nnti..seolah2 die focus benda yg salah..die nk halang org buat terjemahan itu..xsetuju die kalau ade org terjemahkan.. walhal kenapa die tidak tingkatkan pemahaman al-quran di kalangan budak2..ajaran al-quran dan rasulullah..

bila budak2 benar faham tentang islam... dtg lah terjemahan cmne pon..dlm BM ker.. kalau budak2 ini baca bible sekali pon ,mereka bukan sesat.. malah mereka akan mengatakan alah bible ni mengarut shj..bukan mereka sesat..malah mengukuhkan kepercayaan mereka tentang al-quran dan islam itu sendiri..sbb tu benda ini yg perlu kita focuskan.. adakah mereka benar2 faham apa itu menjadi seorang islam.org2 mcm SIS tu mmg akan sentiasa ada...bila mereka buat kritikan barulah nk terjaga..selama ni kita enak di buai mimpi yg indah shja..bila mereka senyap, kene senyap balik..bila mereka bising kita bising..jd on off..on of..padahal usaha daqwah dan tarbiyyah itu kan secara berterusan..
Selain itu jgn kita dikelirukan dgn apa2 slogan..contohnya ade org guna nama islam, seperti Sister in Islam.pakai nama islam tetapi ajaran nya xsama dgn islam. benda inipon mudah mengelirukan org..yg penting rujuk al-quran n hadith..sbb tu sy rasa..kene fahamkan islam pada budak2 ini..itu masalah akar umbi..


Terima kasih atas kupasan yang sngat bersemangt dari saudara.. saya tertarik apabila saudara cuba memfokuskan masalah mengenai pengaruh daripada isu ini sebgai permasalahan yang harus dimulakan dari akar umbi. menjadikan topik perbicagan kita hari ini lebih luas dan semakin menarik..

kita akan terus kepada ahli panel kita yang kedua, tapi saya rasa ada eloknya kita berehat seketika utk mengemdurkan urat2 yg semkin tegang..(heeeee)


****************************************************************************************


sedikit maklumat mngenai isu ini:

Pemuda PAS, Persatuan Ulama PP bantah program anjuran SIS
Jimadie Shah Othman | Feb 13, 09 7:38pm | http://www.malaysiakini.com/news/98267


Seramai 200 sarjana Islam dari seluruh dunia akan berkumpul selama lima hari, mulai malam ini, di Kuala Lumpur untuk membincangkan tentang kesaksamaan dan keadilan dalam keluarga Islam.

Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Berhubung Keganasan terhadap Wanita, Dr Yakin Erturk dijadual hadir di program global mengenai kesamaan dan keadilan dalam keluarga itu.

Mesyuarat lima hari itu akan menyaksikan ulama terkemuka Islam, pengamal undang-undang dan aktivis dari 55 negara meneliti undang-undang yang mengikat, membentuk dan memberi kesan terhadap keluarga Islam. Ia dianjurkan Sisters in Islam (SIS), kumpulan penyokong hak-hak wanita dalam Islam di Malaysia.

Menurut kenyataan SIS, Penasihat khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat merupakan hos kepada program tersebut.

Bagaimanapun, program anjuran SIS itu dibantah keras oleh Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) yang mendakwa pertemuan itu dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip Islam tertentu yang disepakati ulama muktabar.

Ia turut dibantah oleh Lajnah Dakwah dan Pembelaan Dewan Pemuda PAS pusat.

Dalam satu kenyataan hari ini, PUMPP mendakwa program itu berhasrat mempertikaikan, khususnya hukum syariah berkaitan dengan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulama muktabar.

Bantahan bersama

Malah, tambahnya, ia bakal dihadiri pelbagai tokoh "liberal Islam yang dipertikaikan oleh ulama Islam muktabar" yang bertujuan "menyebarkan propaganda" kelompok tersebut.

Sehubungan itu, PUMPP menyelar pelaksanaan program ini yang dilihatnya bakal merosakkan lagi akidah umat Islam di Malaysia, seterusnya membawa perpecahan serta memberi persepsi yang salah terhadap Islam kepada semua pihak, termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangannya di Malaysia.

"PUMPP juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program tersebut, seolah-olah tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa agama dalam negara seperti Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.

Sementara itu, Lajnah Dakwah dan Pembelaan Pemuda PAS pusat pula dilaporkan mendakwa, topik perbincangan dalam program itu - antaranya kesemarataan Islam, gender, poligami, faraid - akan menyentuh isu-isu sensitif berkaitan Islam.

Berikutan itu, Pengerusinya, Riduan Mohd Noor menyeru NGO Islam Melayu tampil membuat bantahan bersama terhadap program tersebut.

"Saya cabar mereka untuk tampil menentang program mempromosikan Islam liberal kerana ini juga merupakan agenda untuk meruntuhkan jati diri orang Melayu," katanya dalam Harakahdaily.

SIS dalam jemputan medianya berkata, program itu akan menjadi pertemuan pertama untuk reformasi undangan-undang keluarga Islam

***************************************************************************************


diambil dari penulis-http://rausyanfikir.com/)

Slogan seperti Equality, Justice, Fairness, Partiarchy, Fundamentalist, Extremist, Modern dan segala macam lagi kosa kata berbau falsafah dilontarkan semahu-mahunya oleh para delegasi dalam membincangkan bagaimana caranya hendak mengubah undang-undang syariah mengikut acuan hak asasi manusia tajaan Tamadun Barat.

Tapi ada eloknya para feminis ini menjawab soalan-soalan di bawah:
1. Why is the Global Meeting not open to the public since the issues to be discussed are of public interest?
2. What is wrong with Muslim Family Law in Malaysia ?
3. Will the family law you advocate cover gay couples?
4. What is the "contemporary approach" in interpreting the Quran?
5. Are you opposed to the use of Islamic teachings as a source of law and policy?
6. Are you going to use the UN machinery to pressure the Malaysian government to bring Islamic Family Law in line with the secular Family Law?
7. Some of your critics say that you are being funded by foreigners to promote "liberalisation" of Islam in line with the foreign policy objectives of the US and certain Western countries. What's your comment?
8. Who is funding this conference? Foreign funding?
9. Do you want polygamy to be banned and criminalized? What about adultery?
10. What are your views on Islamic inheritance rules?

Kalau SIS dan para feminis yang beria-ria benar ingin melakukan “reform” itu dapat menjawab soalan ini dengan baik maka penulis yakin dialog yang lebih bertamadun dan adil dapat dilakukan oleh pihak berwajib.

Melihat skala persidangan ini, disamping promosi di media massa yang meluas, SIS sekali lagi berjaya menunjukkan mereka mampu menjadi satu “force” dalam memporak perandakan kefahaman masyarakat Malaysia berkenaan undang-undang syariah dan juga kedudukan wanita dalam Islam.

Pada hemat penulis, masalah yang diperjuangkan SIS dan para feminis liberalis ini perlu dilihat dari dua sudut:

1) Agenda hegemoni pemikiran liberalisme agama, dan hak asasi manusia tajaan Barat (ancaman luar)
2) Kelemahan komuniti Muslim dalam menangani permasalahan kekeluargaan dan kefahaman agama ( ancaman dalaman).

*untuk maklumat lanjut mengenai isu ini boleh ikuti penulisan di laman berikut:
youmusthink.blogspot.com

Rabu, 18 Februari 2009

Mahkota Cinta...


"Dan antara manusia, ada yang mengambil selain Allah menjadi tandingan-tandinganNya, yang mereka cintai (tandingan-tandingan tersebut) sebagaimana mereka mencintai Allah. Ada pun orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat azab (pada hari Kiamat) bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah sangat keras seksaanNya (nescaya mereka menyesal)". – [Al-Baqarah, 2: 165].
Tatkala kita menyebutkan kalimah syahadah, LAAILAAHAILLALLAH, kita harus ingat bahawa perjanjian untuk mentauhidkan Allah itu bukanlah sekadar pengesaan dari segi ibadah khusus sahaja(misalnya solat, puasa, zakat dll).Dengan kata lain, apabila kita mengucapkan syahadah, tidak hanya bererti kita harus solat hanya kepada Allah sahaja dan bukannya solat kepada tuhan-tuhan lain, kerana pengertian syahadah lebih daripada itu.Ini kerana dalam ayat di atas, Allah telah memberikan satu syarat lain yang harus dipenuhi oleh mereka yang beriman kepadaNya. Itulah dalam persoalan CINTA. Allah mengatakan bahawa ORANG YANG BERIMAN sangat cinta kepadaNya. Sedangkan ORANG YANG KAFIR sangat mencintai tandingan-tandingan yang mereka adakan selain Allah.Kalimah ZALIM sangat luas maksudnya. Orang yang merokok dikatakan menzalimi diri sendiri. Orang yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas dikatakan zalim terhadap orang lain. Ada pun ZALIM pada ayat ini bermaksud KAFIR kerana beberapa alasan. Alasan yang pertama, golongan yang dijadikan perbandingan dengan golongan beriman adalah golongan yang mengambil tandingan lain selain Allah. Alasan yang kedua, KAFIR juga merupakan sebahagian daripada perbuatan ZALIM berdasarkan ayat 254 surah Al-Baqarah, "… Dan orang yang kafir itulah orang yang zalim." Alasan ketiga, Imam Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat di atas, mengarahkan perbahasannya kepada kesyirikan. Wallahu a'lam.
Namun begitu, jarang kita sedar bahawa kadang-kadang kita termasuk dalam golongan
yang zalim ini. Tatkala kita melihat kakak dan adik perempuan kita berhias melebihi batasan yang digarikan oleh syara'(seperti memakai wangi-wangian ketika ingin keluar
rumah, memakai pakaian yang agak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, dll), kadang-kadang terlintas di fikiran kita untuk menegur mereka. Akan tetapi, kerana bimbang teguran itu mungkin akan mengguris hati mereka, kita lantas mengambil langkah mendiamkan diri, dan membiarkan mereka terus berada dalam keadaan tersebut.
Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangannya.Sekiranya dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lisannya. Sekiranya dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan qalbunya. Dan demikian itulah yang selemah-lemah iman." – [HR Muslim dan Ahmad daripada Abu Sa'id Al-Khudri]. Sekiranya benar kita mengambil sikap berdiam diri terhadap perkara-perkara tersebut,di manakah tingkatan iman kita?
seorang ayah terlalu sibuk melayani gelagat sang anak yang lincah bermain dengan mainannya. Setelah seharian bekerja di pejabat, akhirnya kepulangannya disambut dengan mesra oleh anak dan isterinya. Hal ini membuatkannya lupa akan segala masalah di pejabat.Lupa akan segala kelelahan dan keletihan. juga lupa akan kewajipan solat asar yang belum ditunaikannya.Ingatlah firman Allah: "Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya dari kalangan isteri-isteri dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu,maka berhati-hatilah terhadap mereka. Dan sekiranya kamu memaafkan mereka, dan santuni mereka serta mengampuni mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Sesungguhnya harta-harta dan anak-anakmu adalah ujian (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar." [At-Taghabun, 64: 14-15].
Di penjuru bumi yang lain,kelihatan seorang mahasiswa sedang tekun mengulangkaji.Langsung tidak dihiraukan bunyi muzik yang kedengaran dari bilik temannya, bunyi kenderaan yang lalu-lalang, dan tidak ketinggalan bunyi azan Asar dikumandangkan.Seolah-olah jiwanya itu tidak terusik dengan panggilan suci,"Hayya 'ala ash-shalah! Hayya 'ala al-falah…" Begitu khusyu' dirinya berusaha untuk memahami topik yang dipelajarinya di kelas di waktu paginya, namun tidak pula dia terfikir untuk menyahut seruan ke arah kejayaan yang hakiki. Apalah guna kita menggapai kejayaan di dunia ini kalau kita terpaksa melepaskan kejayaan di akhirat kelak.
Ingatlah, bahawa dalam Shahih Muslim, diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki buta datang kepada Nabi dan dia berkata, "Ya Rasulullah!Aku tidak mempunyai sesiapa untuk menuntunku ke masjid."Lelaki tersebut kemudiannya meminta izin daripada Rasulullah untuk solat di rumahnya.Rasulullah mengizinkannya.Kemudian, setelah lelaki itu berpaling, Rasulullah memanggilnya dan bertanya,"Adakah engkau mendengar azan?" Lelaki buta tersebutmenjawab, "Ya!" Maka Rasulullah bersabda, "Hendaklah engkau menjawab panggilan itu." – [HR Muslim]. Lihatlah betapa Rasulullah menjaga disiplin para sahabat dalam melaksanakan solat secara berjema'ah. Sehinggakan seorang lelaki buta yang tiada pembantu yang bisa menuntunnya ke masjid pun disuruh untuk menunaikan solat di masjid. Bagaimana pula dengan mahasiswa tadi, yang terlalu mengejar dunia, sehingga mengabaikan disiplin yang telah digariskan oleh Rasulullah sendiri?Adakah anda termasuk dalam golongan ini?
CINTA orang yang beriman kepada ALLAH akan melebihi segala-galanya.Nabiyullah Ibrahim A.S pernah diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya, iaitu Ismail A.S. Namun, kasih sayang terhadap anaknya itu tidak menyebabkan Ibrahim mengingkari perintah Allah. Hal ini dikisahkan oleh Allah Ta'ala dalam surah Ash-Shaffat (surah 37),ayat 101-107. Begitu juga kisah Ibrahim yang terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya (Hajar dan Ismail) di suatu kawasan yang tidak berpenghuni. Allah S.W.T menceritakan kisah ini dalam surah Ibrahim (surah 14), ayat 37: "(Ibrahim berkata), Ya Tuhan kami!Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman berhampiran rumah Engkau (Baitullah) yang
dihormati…"
Dalam Shahih Al-Bukhari,diceritakan bahawa ketika Ibrahim ingin meninggalkan isterinya beserta anaknya itu, Hajar sempat mempersoalkan perbuatan Ibrahim. Beberapa kali sang isteri mengulangi pertanyaan yang sama setelah melihat suaminya hanya diam membatu. Akhirnya, Hajar bertanya,"Allah-kah yang memerintahkan engkau
melakukan hal ini (yakni meninggalkan aku dan Ismail di
lembah yang tidak berpenghuni)?"Jawab Ibrahim, "Ya!"Mendengarkan jawapan itu, Hajar
merelakan pemergian suaminya meninggalkan diri dan anaknya.Betapa tingginya keimanan sang suami menurut perintah Yang Maha Kuasa, dan betapa taatnya sang isteri apabila mendengar bahawa perintah itu datangnya daripada Yang Maha Bijaksana. Ternyata, kasih sayang yang terjalin antara mereka tidak menimbulkan sebarang bentuk keingkaran dalam hati mereka terhadap perintah-perintah Allah.Lihat pula kisah Nabi Nuh A.S sebagaimana yang dikisahkan dalam surah Hud (surah 11) ayat 40-48. Ketika banjir mula menenggelamkan bumi sedikit demi sedikit, Nuh yang ketika itu berada di atas kapalnya,memanggil-manggil anak lelakinya supaya menaiki kapal tersebut.Namun anaknya dengan sombong berkata, "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada banjir ini." (sila rujuk ayat 43). Namun ternyata,anaknya itu termasuk dalam golongan yang dibinasakan bersama orang-orang kafir. Nuh A.S lalu berkata, "Ya Tuhanku! Sesungguhnya anakku termasuk keluargaku…" Allah lantas menjawab, "Wahai Nuh! Sesungguhnya dia tidaklah termasuk dalam keluargamu,kerana perbuatannya sungguh tidak baik. Kerana itu janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak ketahui(hakikatnya). Sesungguhnya Aku
menasihati engkau supaya tidak menjadi orang yang jahil." Mendengarkan jawapan daripada Allah, Nuh akhirnya redha. Seorang ayah yang pada awalnya sedih dengan kematian anaknya, sanggup melupakan cintanya terhadap anak itu apabila mengetahui
bahawa kekafiran anaknya itulah yang menjadi pemisah antara mereka berdua.
Contoh terakhir yang ingin saya ketengahkan adalah dua ayat daripada surah At-Tahrim (surah 66). Allah berfirman, "Allah telah membuat perumpamaan bagi orang kafir, isteri Nuh dan isteri Luth. Kedua-duanya berada di bawah pengawasan dua orang
hamba yang salih daripada hamba-hamba Kami, namun kedua-duanya (isteri)
mengkhianati suami mereka masing-masing. Maka kedua-dua suami itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun daripada (seksa) Allah. Dan dikatakan (kepada kedua-dua isteri itu),'Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama orang-orang yang
masuk (neraka).'Dan Allah telah membuat perumpamaan bagi orang yang beriman, isteri Fir'aun,ketika dia berkata, 'Ya Tuhanku!Dirikanlah untukku sebuah rumah di syurga dan selamatkanlah aku daripada Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim." – [At-Tahrim, 66: 10-11].
Lihatlah kedua-dua contoh yang Allah berikan. Sekali lagi kita dapat lihat bahawa kekafiranlah yang menjadi pemisah antara mereka semua. Kasih sayang yang terjalin antara ketiga-tiga pasangan suami isteri ini langsung tidak menjerumuskan mereka yang beriman (iaitu Nabi Nuh dan Nabi Luth A.S, dan isteri Fir'aun yang bernama Asiah) ke dalam kekafiran, malah mereka inilah antara orang yang dijamin tempatnya di syurga oleh Allah Ta'ala.Ini adalah sebahagian daripada contoh sebagai bukti bahawa CINTA orang yang beriman terhadap Allah jauh melebihi cinta mereka terhadap selain daripadaNya. Dan tatkala ada sesuatu hal yang boleh menjerumuskan mereka kepada kemungkaran Allah, mereka mampu menjaga diri mereka. Itulah ciri orang yang beriman,meletakkan keutamaan yang cukup tinggi dalam persoalan mencintai allah.Oleh itu,jadikanlah CINTA anda kepada ALLAH sebagai cinta yang paling utama.Tidak salah mencintai ibu bapa, adik-beradik, suami-isteri,harta benda, tanah kelahiran dan sebagainya,asalkan tidak membiarkan CINTA terhadap hal-hal ini menjadi penghalang CINTA anda kepada ALLAH.

cinta...hadiah ALLAH..


Rata2 orang memperkatakan cinta,merungkai maksud cinta,diskusi2 yang ada dekat u pun tentang cinta antaranya "cinta,bercinta dan percintaan",terbaru "aku dilamar cinta",halaqah minggu lepas pon mngupas tentang isu cinta,tajuk "sayang dia" dan bnyak lagi.Alhamdulillah masih ada yang mengambil usaha untuk menyedarkan dan membuka mata masyarakat hari ini terutama remaja2 kita mengenai cinta yang sebenarnya yang dituntut oleh ALLAH,cinta yang disyariaatkan oleh islam supaya mereka tidak dikelabui oleh dakyah kristian yang menganjurkan perayaan 'velentine day'.saya jugak tak nak lepaskan peluang yang ada ini.Dalam kesibukan nak test dan sibuk mnyiapkan tugasan,hati saya tetap terpanggil untuk turut berkongsi pandangan tentang cinta.
Cinta umpama hadiah dari ALLAH kepada kita hambaNya.Bayangkan dengan hanya satu sifat cinta yang dilemparkan ke bumi,berkasih sayang seluruh penghuni bumi ini.Lumrah kita sebagai manusia akan merasa gembira dan suka apabila menerima hadiah.namun,wajarkah hadiah lebih di dicintai daripada pemberi hadiah?ermmmmm jawabnya,tepuk dada tanya lah iman di dalam jiwa.Tentulah pemberi hadiah,kan..Malangnya,apa yang berlaku kekadang lebih dari itu.Pujaan,sanjungan dan sikap mengagungkan cinta dalam nyanyian dan filem kekadang sampai ketahap boleh 'mempertuhankan' cinta.Seolah-oleh cinta itulah segala2nya.Padahal cinta yang sebegitulah selalu sirna setelah diuji di alam rumah tangga.Sementara belum dapat di puji dan dipuja,tetapi setelah dapat,segala kemanisannya hilang.Apa yang tidak kena dengan cinta ini?
Cuba kita buka radio,besar kebarangkalian kita akan mendengar lagu cinta berkumandang.Cuba kita tonton tv...kita kan mendapati cerita cinta di setiap channel.Dalam kisah pahlawan,terselit kisah cinta.Dalam kisah sejarah,dibesarkan soal cinta.dalam kartun kanak2 pun sudah diajar tentang cinta.esh3..Maaf,saya bukanlah memandang remeh atau 'skeptik' dengan cinta,tapi benarkah cinta yang dipertontonkan adalah cinta sebenar yang perlu kita ikuti dan contohi dan yang perlu kita rasai?hermmm2 renung2kan dan selamat beramal..(^_^)##..
Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w baginda bersabda..
"kepadaku diberikan 3 idaman oleh ALLAH di dunia:
isteri solehah, berwangi-wangian dan sejuk mata(jiwa)
Di dalam sembahyang.."

Isnin, 9 Februari 2009

segarkanlah cintaku..Ya ALLAH...



Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Ahad, 8 Februari 2009

meh2 ada petua nak kongsi..heee


Agar wajah selalu segar, berseri-seri, dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari
iaitu dengan air wudhuk.
Jangan langsung dikeringkan oleh kain, biarkan
menitis dan kering sendiri.
Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, berdoa.

Untuk menghilangkan stress, salah satu penyebab kerut di wajah,
perbanyaklah 'olahraga'. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, spot-gym, dll, cukup dengan memperbanyak solat.
Dengan sholat bererti kita menggerakan seluruh tubuh.
Konsultasikan semua keluh kesah kita pada
Zat Yang Maha Tahu - Allah SWT dengan dzikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyum.
Tidak hanya di bibir tapi di hati juga.
Katakan pada diri sendiri anda adalah cantik jgn kata comot jd anda tidak memerlukan segala macam operasi plastik. Tidak lupa membisikkan 'kata kunci'
"Allahuma kama hassanta khalqii fahassin khulqii"
"Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlak ku" (HR Ahmad).

Untuk mendapatkan bibir cantik, bisikan kalimat-kalimat Allah, tidak berkata
bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak dipakai menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, singset dan mulus, lakukan diet yang teratur yaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.
Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS.
Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.
Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
hehehe selamat mencuber...

manisnya perjuangan bila ada sokongan dan kekuatan dari orang lain


Baru lepas cakap telefon dengan seseorang yang agak rapat dengan diriku.Dengan penuh perasaan semua aktiviti dakwah dan tarbiyah yang berlaku kat sini semua diceritakan.Dari aktiviti dalam u sampai lah aktiviti kat luar.Dan yang terbaru program KASEH,sangat seronok saya cita.tapi jawapan yang diberikan menitiskan air mata saya.
"wat apa la susah2 payah pegi program sana,program sini.dekat sek biasa laa budak2 ada masalh.wat penat badan ja.nanti pointer jatuh.pastu penat,tak dan study...sibuk sana,sibuk sini.belajar ja dah la.."
kecewanya rasa..sedih..tapi dalam usrah,akak2 dalam usrah selalu cakap,bila kita luangkan masa tuk agama islam,luangkan masa tuk dakwah dan tarbiyah sahabat2 kita dekat sini,ALLAH akan hantar orng yang lebih baik tuk dakwah dan tarbiyah pada keluarga kita dan orang yang terdekat dengan kita.saya ingat kata2 tue,dan saya cuba bersabar..Perjuangan saya disini adalah untuk ALLAH..untuk agama islam..walau pahit sekalipun dugaan tak kan sekali2 saya putus asa.kematangan yang diperolehi sangat berguna dan ilmu yang dapat tak pernah mengecewakan saya.pelik,masuk ni hanya untuk belajar dalam dewan kuliah ka,nak dapat ilmu hanya kena baca buku ja ka..Untuk ALLAH saya belajar,dan saya selalu ingat pesan2 akak2 ppm,masa yang kita ada ni bukan milik kita,tapi milik ALLAH.jd adakanlah waktu untuk aktiviti dan kerja2 dakwah.
Ukhwah dengan kakak2 ppm mengubati kesedihan saya.kekuatan kasih sayang yang saya rasai menyemai kemanisan perjuangan saya.saya baca blog2 akak2 ppm yang penuh dengan kata2 nasihat,penuh dengan gurauan.Alhmdulillah,rasa kecewa saya buang jauh2..saya percaya pada ALLAH..apa yang telah ditentukan,itulah yang terbaik..
Saya luahkan pada seseorang yang hadir dalam hidup saya.alhamdulillah,kekuatan dan kata nsihat yang diberikan,membuatkan saya tersenyum.Ya ALLAH,syukur sangat telah dikurniakan seseorang serta sahabat2 yang sangat baik dan memahami sebagai teman hidup ini.

" ya ALLAH ya TUHANKU
tiada indah hidup didunia
melainkan dengan berzikir dan menyebut namaMU,
tiada indah tiba diakhirat yang abadi kecuali
dengan mendapat keampunanMu.
ya ALLAH,
tetapkanlah hatiku moga sentiasa dalam agamaMu
jua jadikanlah diriku taat akan segala perintahMU
Tuhanku..
jangan bebankan kami dengan beban yang berat
seperti yang pernah Kau berikan kpd ummat yang terdahulu
dan jagn pikulkan kami
akan sesuatu yang tidak kami terdaya
kau maha mengetahui YA ALLAH.."

Jumaat, 6 Februari 2009

Warkah dari anak yang tak degil





WARKAH BUAT IBU...
Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,Rasanya baru semalam mak peluk sayer kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih..Mak tau tak...itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak saya dewasa...dan itu juga terakhir kalinya.Emmmm rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...nak tinggal kan anak2 mak..nak tinggalkan dunia fana ni...mak macam dan sedia...Seminggu sebelum tu...mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih... kakak pun rasa hairan...mak tak penah buat gitu...pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam..kengkadang siaran indonesia..mak terus tekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2..pastu mak jemur karpet-karpet...pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..paling menarik sekali mak bagitahu dekat mana semua duit dan barang kemas mak..ada kat dalam almari...ada kat dalam dalam beg...ada dalam ASB...ada kat dalam Tabung Haji..mak cakap tak berapa cukup lagi....ada kat dalam gulung tikar...masa tu mak perasan takk..??saya gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar...saya kata mak ni memang pesenn lama laaa...mak cuma gelak jer...eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut...bila malam tu saya sampai dari KL...mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...mak tetap tak mau pi hospital...Mak kata mak tak mau duduk dalam hospital...tapi saya berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer.. Mak tetap tak bersetuju...mak memang degil...tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital....
Mak.....
amponkan kami semua...kami nak mak sehat...kami sayang mak...kami tak mau mak sakit...amponkan kami yer mak....Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta saya...Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, saya kata nak beli kereta....Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..saya jawab pula...kalau tak cukup,mak kan banyak duit...mak gelak ajerr...Lepas tu bila kereta saya sampai...mak buat kenduri kesyukuran...Dan saya masih ingat lagi...bila saya eksiden terlanggar Aya naik motor...Punya la saya takut...Bila balik sahaja kampong....saya cepat-cepat simpan keta dalam garaj...Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...?Selamba jerr saya jawab terlangar pokok bunga...Mak..tujuan saya menipu tu supaya mak tak risau...Maafkan saya kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...mak, saya menipu mak kan...ampon kan saya....
Mak.....

Jam 4.30 pagi, bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih...mak mesti nampak saya jatuh terduduk di lantai hospital...Mesti mak nampak abang cium dahi mak...Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...Mak tau tak...Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi saya memandu dalam keadaan separuh sedar...Adik kat sebelah diam melayan perasaan...Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...jalan di depan terasa makin kelam...airmata dah tak mampu di tahan....Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu saya rela...Namun alhamdulillah akhirnya saya sampai juga... disebabkan pagi masih awal jadi jalan tu lengang..kosong....sekosong hati ini...Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....

Mak.....
saya masih ingat lagi...saya baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...saya gosok kaki mak perlahan lahan...Mak perasan tak...?Makcik yang mandikan mak tu pujuk saya...Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni..tapi saya kawal supaya tak menitik atas mak....
Mak.....
Sampai takat ini surat saya tulis.....saya nangis ni...Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....Takder orang yang bangun lagi...saya dengar nasyid tajuk "anak soleh" saya sedih...kiter rindu kat mak..!Takpa la.....nanti bila kita selesai sembahyang subuh, kiter baca yassin untuk mak...mak tunggu ya...!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya....Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...Mak rasa tak....masa tu saya sentuh dahi mak....saya rasa sejukkkk sangat dahi makk.....saya tak mampu nak cium mak...saya tak daya....saya tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...Airmata saya tak boleh tahan....Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...tapi saya suruh tok imam bacakan doa sebab saya sebak....Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...badan akak terasa panas....
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata.Dan sampai satu tahap..masa tu malam jumaat selepas maghrib...Selepas saya baca yassin ngan kawan-kawan....entah kenapa biler kat bilik saya keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...semakin saya tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung..saya cuba bertahan...memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...saya rasa nak telefon mak...nak cakap dengan mak..anak mak yang ni dah tak betul kan..????Dan akhirnya dalam sedu sedan itu saya telefon kampong...saya cakap dengan kakak..saya nangis lagi...Puas la kakak memujuk saya...Akak kata...Dan akhirnya akak juga nangis...Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...rasa nyilu sangat....menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekahal-fatihah saya berikan.....
Mak....
cukup la sampai sini dulu... kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...selalunya, saya yang bawak mak naik motor kan...kali ni saya jalan kaki dengan kawan pulak...esok saya ingat nak tulis surat kat ayah pula....Mula2 saya tak tau nak hantar mana surat nih...pastu kawan saya bgtau...simpan je buat kenangan..saya cuma tau alamat ni aje...Takper yer mak...saya kasi orang lain baca...saya stop dulu...sebab kawan saya dah lama tunggu tu...akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan saya...memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..sampai masuk univresiti..sampai saya boleh rase naik kapal terbang...boleh rasa duduk kat negara orang...Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu saya balas..
sekian..terima kasih...
Senyum...Senyum....Senyum....suatu ibadah dan sedekah!!!

Rabu, 4 Februari 2009

10 Wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna



1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Selasa, 3 Februari 2009

dedikasi dari hati...


Bila terasa semangat makin berkurangan,ada sahaja sahabat2 yang mendampingi buat peneman dan penguat untuk terus bertahan pada jalan islam..Titipan ribuan syukur,dipertemukan dengan kakak2 n sahabat2 dalam ppm(pergerakan perkhidmatan masyarakat).Tarbiyah yang di berikan oleh kakak2 ppm tak kan sekali2 saya sia2kan.kak lillah,yang tak henti2 menuturkan kata2 semagat dan nasihat,kak fairuz yang sentiasa menyokong tak kira apa jua yang dilakukan,tak penah lelah dalam membri tunjuk ajar,kak nini yang walupun agak kelam kabut,tapi sangat bersemangt dalam menyiapkan tugasan,kak farhana,kak asma,kak wahid dan raaamai lagi kakak2 yang saya sematkan di dalam hati ini.ukhwah yang terbina ini,dirasakan sangat2 indah.bila teringat susah payah dalam menguruskan satu2 program namun dalam kepayahan itu,tetap dirasakan kemanisannya dan kadang kala sehingga menitiskan air mata.Bila di tanya,yaa ini lah pengalamn yang dirasakan akan paling diingati apabila abis keluar dari usm nanti.Namun saya percaya,dengan ilmu yang didapatkan ini,akan sya terus memperjuangkan kebajikan islam.kakak2 n sahabat2 moga dapat terus memberi tunjuk ajar dan bimbingan but diri ini..moga kita menjadi serikandi yang terus mewangi di sepanjang jalan dakwah yang penuh bertaburan duri ini..

Isnin, 2 Februari 2009

bangunlah apabila rebah...



Sejenak kuterkenangkan dikau
Bersemayam di kejauhan lara
Memerhati tindak-tanduk manusia
Bersama-sama di sisi hamba
Antara kejauhan langit dan bumi…
Bisa bertemu tatkala gerhana
Saling menyokong untuk keseimbangan
Bumi kepanasan tika mentari menyinari
Kegelapan tatkala berganti
Namun walau kepanasan
Walaupun kegelapan
Meskipun kedinginan
Dikau tetap setia utuh berzaman
Menyaksikan sandiwara hidup dunia
Antara realiti dan ilusi
Kita bersua melarik mimpi
Menyemai benih cinta dan kasih suci
Dalam kepenatan menghadapMu
Kurasai kemanisan bak madu
Apakah itu tanda huluran cintaMu?
Bahang kedustaan nista
Menyimbah muka yang penuh noda
Menyapu bersih keluhuran hamba
Menjauhkan aku dengan Pencipta
Bahana kepalsuan duniawi
Takkan kubiar diriku dinodai
Setelah ia kujual dgn sebuah harga diri…
Segalanya hanya untukMu ya Ilahi…

Sabtu, 31 Januari 2009

Doa seorang isteri



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin.

kata-kata buatmu




Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; LidahnyaSelalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat BerbandingDunia. 36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jikakebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah muliadan terpuji."