Rabu, 4 Mac 2009

Air mata di gaza

"Jadi lepas ni tak perlu boikot lagi laa"kata seorang remaja dengan wajah ceria yang dibuat2.Barangkali ucapan ini mewakili sebahagian daripada umat yang tidak mempunyai 'saudara2' di gaza yg baru2 ini meragut lebih 1300 nyawa akibat tindakan kejam tentera zionis israel..
Inillah pembunuhan beramai2 terbesar dalam abad ini.Inilah tragedi air mata di gaza yg menyayat hati. Rakyat yg kehilangan org tersayang dan harta benda meratap hiba namun air mata darah sekalipun tidak akan dapat megembalikan orang tersayang angkara perbuatan tidak berperi kemanusiaan rejim zionis.

Pada 27 januari 2009, warga palestin,Anwar al-Derim,berusia 24 tahun terkorban berhampiran sempadan gaza dgn israel.
Tragedi serangan militer ke atas kem pelarian Sabra dan Shatila pada 16 hingga 18 september 1982 tentunya agak segar dalam memori majoriti umat malaysia.Dalam tragedi itu,seramai 3000 hingga 3500 orang palestin dan lubnan terbunuh.
Golongan Phalagis(pengganas dan ekstrimis kristian) dikatakan datang dengan trak tentera.Pada mulanya mereka menggunakan pisau utk membunuh secara senyap.Dan pada keesokkannya iaitu hari jumaat,pembunuhan beramai2 dilakukan escara terbuka dan terang-terangan dengan menggunakan senapang dan bom.
Gaza pernah menjadi saksi penbunuhan beramai2 apabila Bandaraya Gaza diserang dengan Mortar 20mm pada 5 April 1956.Seramai 60 warga gaza terkorban.

Jika kita lihat ke belakang, inilah antara siri penyerangan tentera yahudi kepada rakyat palestin.Apakah selepas 50 tahun akan datang, trgedi serangan 22 hari ke atas gaza pada beberapa minggu lalu juga akan dilupakan?

Boikot!!terus boikot..inilah bentuk perjuangn dan mujahadah yang boleh dan logik dilakukan oleh kita..perjuangn boikot adalah menefestasi iman..

Ingatlah akan pesan Syeikh Yusuf Al-Qardawi
"Setiap riyal, dirham, dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akhirnya menjadi menjadi peluru yang akan menembusi tubuh saudara2 dan anak2 kita di palestin.Oleh sebab itu,adalah menjadi kewajipan untuk tidak membantu mereka dengan membeli barangan mereka."

(cebisan maklumat daripada majalah milenia muslim,edisi mac 2009)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan