Sabtu, 2 Oktober 2010

Jumaat, 16 Julai 2010

Selamat datang duhai puteriku sayang..


Rasanya masih belum terlambat utk ku ucapkan selamat datang buat puteriku yang tercinta..Nama tercatat Munifa syazwa, gadis cemerlang seharum kasturi. Dengan harapan semoga buah hatiku ini menjadi wanita yang cemerlang di dunia dan akhirat..juga semoga menjadi kakak sulung yang sentiasa menjadi contoh yang terbaik buat adik2nya nnti,insyaALLAH..

"Ya Allah,indahkanlah rupa dan akhlak zuriatku ini..kurniakan kepadanya keimanan yang kental serta jadikanlah dia permata yang menyejukkan hati kami..ya rabbi,segarkanlah kasih sayang dan cinta kami dengan rahmatMU yang Maha luas..ameenn"

Jumaat, 14 Mei 2010

buat yang bernama GURU


Pada dunia dan seisinya
Ku pendam getar iman yg membara
saat aku dipayungi haruman ilmu
oleh kasturi didikanmu guru
hanya bisikan rindu menyapa
rasa bahagiaku pada alam ini
saatku dibelai
warna-warna nasihatmu guru
peribadi yg kau guru bentuk
mewarisi akhlak yg mulia
guru..
kau raih agama yg suci
kemas kau pahatkan pada jiwaku
sbg acuan pejuang sejati
yg tak mudah kalah dek ujian
tidak mudah menyerah pada ptus asa
guru..
dlm tafakurku dicermin kehidupan
saat kutunduk menginsafi diri
zikir kasihmu melagu indah
membelai jiwa dgn ukiran sabar
ditanganmu guru
kumengenal madah dunia
di jarimu guru
ku mengait kitab sejarah
dibibirmu guruku menutur cinta yg agung
guru..
dgn islam dan ilmu yg kau wariskan
perjuanganmu akan kuteruskan
moga ku temui keberkatannya..
oh guru...

Isnin, 24 Ogos 2009

kemeriahan ramadhan

Alhamdulillah..bertamu lagi kita dengan ramadhan tahun ini.Selamat meneruskan ibadat puasa dan semoga iman kita menemui kemanisan yang luar biasa.

Ramadhan ni adalah yg pertamanya saya menyambut sebagai seorang suri.hehehe satu anugerah yang istimewa dirasakan.kebetulan awal ramdhan disambut dalam cuti pertengahan semester.jadi,kami blik sambut dekat kampung..

awal cuti seminggu sya dan suami habiskan cuti dikampung saya,ekoran menjaga adik saya yang sedang mengikuti percubaan PMR.mak dan ayah saya pergi jhor tengok kakak saya..permualaan ramadhan tiba,Suami saya ajak sambut malam pertama terawih disurau kg dia.sebab katanya mmg awal lagi dah niat nk jdi imam tuk mlm pertama terawih.

Ajakan ustz(sya lebih selesa bhasakan ustz) sya sambut dgn diam.terfikir adik yang bongsu kat rumah,tak sampai hti tinggalkan dia sorang2.dari pagi sampai mlm sya teremenung berfikir,serba salah pun ada jugak.nak tolak tak sampai hati,risau mengecewakan hati ustaz.mak dekat kg sana pun telefon bgitahu orang2 kg tnya ustaz blik tarawih sni tak?diorang harap sngat ustaz blik.sememangnya ustaz sngat rapat dengan orang kampung.

Alhamdulillah,tetiba dapat msg adik kembar sya bgitahu dia on the way blik rumah .Ya Allah,tenang rasa hati.sekurang2 ada jugak yang teman jga adik bongsu sya.

petang tu jugak kami bertolak blik yan.sampai2 sana lgi 15 minit nk msuk isyak,sempat siap2 dan kemas diri.Alhamdulillah,kepulangan kami disambut mesra adik beradik yang lain yang sama2 blik jugak,semua nmpak happy sok nk puasa.

rumah ustaz,depan surau jer.dengar ja azan,rasa syahdu sngat2.berkobar2 nk pegi solat terawih dalam suasana dan tempat yang baru.kami jalan kaki pegi surau satu family.sampai2 ja depan surau,jemaah yang lain menyambut ustaz,semua happy and seronok.dalam riuh2 tu terdengar sorang jemaah jerit kata,"haaa,kan saya dah kata,ustaz mesti blik jdi imam.."Ya Allah,terkedu saya seketika.bayangkan klu kmi tak dapat blik..

Alhamdulillah,sepanjang terawih tak henti sya mengucapkan sykur.mmg tak sngka meriah sngat2 terawih dekt surau tu.jemaah penuh smpai depan pintu surau..sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terjadi.

begitulah,antara istewanya ramadhan adalah dengan adanya solat terawih.semoga kita dapat sma2 mengimarahkan bulan mulia ini dengan berpesta ibadah.insyaALLAH..

Khamis, 20 Ogos 2009

the 'kiub' ppm...

Operasi pengkemasan kiub ppm oleh tokoh2 srikandi hebat PPM.
Operasi dilakukan pada ari jumaat,waktu orang laki pergi sembahyang jumaat
MT2 yang free turun tuk mencantikkan kiub ppm.yang terlibat intan,qayyum,abel dan husnil sendri.Terima kasihtersangat2 dekat semua yang sudi trun sama2 berganding bahu.Sapa2 yang nk tngok kiub yang dah cantik tue pergi la lawat yer.Dan pada akhir operasi husnil belanja makan.nasi goreng yang dimasak sendiri..hehehe

abel..walupun penat2 kemas kiub kena pergi usrah siannn..



Qayyum..walupun pun tak sihat n sibuk urus tuk gerai konvo
tetap setia turun bantu


husnil comey..hehehe walupun bnyak kerja kena buat tetap rasa happy sebab ada kawan2 yang baik menemani dan menghiburkan.



Intan...walupun penat panjat susun buku2 n kotak, kena pergi rumah ikan uruskan ikan lak.maseh intan..

Isnin, 17 Ogos 2009

membina usrah sai'dah

Alhamdulillah,ada sedikit bingkisan hati buat tatapan teman2 tersayang.maaf yer sebab lambat letak gambar walaupun ramai sahabat2 yang tnya dan mintak.Kerana kesibukan yang melanda,baru sekarang berpeluang nak edit blog nie.

tengah berdebar tnggu nk akad...

Alhamdulillah..dah selesai akad



Selasa, 4 Ogos 2009

Buku 130 persoalan Solat Jamak Qasar

Selalu juga saya ditanya dengan pelbagai persoalan berkaitan solat jamak qasar. Ada sesetengah soalan itu yang susah juga nak dijawab, almaklumlah soalan jenis canggih - canggih.

Baru - baru ini, saya bertemu dengan Ustaz Muslim, ditunjuknya sebuah buku terkini yang menjelaskan berkaitan pelbagai persoalan dan masalah solat jamak qasar yang menjadi tanda tanya ramai orang.

Sebaik sahaja saya melihat isi kandungannya, terus saya minta beli. Menarik sangat, jawapan kepada pelbagai persoalan yang diketengahkan merangkumi banyak masalah terkini.

Contohnya, macamana nak kira sempadan daerah bagi orang yang tinggal di kawasan perumahan yang besar seperti di Presint - presint kat Putra jaya? Boleh tak solat jamak bagi orang yang ditugaskan menjaga peti undi, doktor bedah, polis trafik? Boleh tak solat jamak qasar di rumah mak mertua? dan macam - macam lagi soalan yang sangat menarik.

Untuk menarik pembaca, diselitkan sedikit seloka lucu bergambar yang pada saya menjadikan bahan ilmiah lebih santai dan mesra perasaan :)

Mengenai kandungan dan hukum yang diketengahkan, semuanya adalah berpandukan kepada fatwa, kitab muktabar, ulama hebat dan rujukan disertakan untuk panduan. Jadi, jangan bimbang kalau - kalau tersesat atau lari daripada syarak.

Menurut ustaz Muslim, buku yang ditulis oleh dua orang sahabatnya tu, dah diulang cetak dan terjual 2000 naskah.

Buku ini tak ada dijual di pasaran, ustaz penulis tu jual sendiri - sendiri. Jadi kalau pi ke kedai buku tak ada buku ni sebab penulis tidak mengedar melalui mana - mana penerbitan.

Saya sarankan setiap orang memiliki buku ini, kerana saya yakin setiap orang akan bermusafir, berjalan atau menghadapi satu situasi yang perlu kepada solat jamak qasar.

Kalau nak buku ni, sms 0199895134 @ email saya. Saya boleh tolong dapatkan. Insyaalah.

Harga? Kat kulit buku tu tulis RM 12 saja... murah sangat kalau nak banding dengan novel cinta yang harganya 50 lebih :)