Selasa, 3 Mac 2009

MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT(MBM)


Buat sahabat2 suma,jom laaa kita sama2 daftar untuk program mahasiswa bersama masyarakat(MBM) anjuran pergerakkan perkhidmatan masyarakat(PPM)..antara objektif yang akan dijana sepanjang program nanti ialah:

1)Memberi pendedahan kepada para peserta tentang peranan dan tanggungjawab mereka selaku anggota masyarakat yang bergelar mahasiswa/wi.

2)Memberi melatih para peserta kaedah berkesan berkomunikasi dan menyelami kehidupan sebenar masyarakat terutamanya masyarakat kampung.

3)Membentuk diri para peserta agar lebih prihatin dan sensitif dengan isu-isu berkaitan masyarakat.

4)Menerapkan nilai cintakan agama, budaya dan kemasyarakatan dalam kalangan peserta dan penduduk kampung.


Berikut adalah maklumat tentang program tersebut:

Tempat: Kg Darat pulau pinang yang akan melibatkan 3 kg.
Tarikh: 1 mei hingga 9 mei.
Bayaran: RM35.00
Tema: MAHASISWA-MASYARAKAT ADALAH SATU KOMBINASI PENTING..


kalau nak tanya atau daftar, maklumkan di sini pun boleh..(^_^)

" Marilah sahabat2ku sekelian,alirkanlah masa,tenaga,idea dan ilmu anda untuk sama2 kita berbakti kepada masyarakat..sesungguhnya kitalah pemangkin untuk suatu perubahan.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan