Jumaat, 20 Februari 2009

diskusi - MUSAWAH SISTER IN ISLAM (SIS)

asalamualikum w.b. buat semua sahabat2 yang disayangi..setelah membaca ruang diskusi yang dibawa oleh cik fairuz dalam blognya, maka saya sngat terpanggil utk membuka satu ruang diskusi juga tapi dalam skop yang lebih lebar dan luas. saya percaya dan yakin bahawa golongan pendengar kita hari ini adalah terdiri daripada mereka yang mantap tahap ilmunya serta hebat dalam menyuarakan pendapat..

saya ada terbaca di dalam sebuah laman blog mengenai Musawah: Global meeting for Equality and Justice in the Muslim Family” yang diadakan baru2 ini telah menimbulkan kontroversi.sama ada antara kita sedar atau pun tidak, itulah realitinya.. kumpulan feminis liberalis muslim,sister in islam (SIS) telah membuat reformasi dalam undang-undang kaluarga islam bagi membela golongan wanita muslim yang tertindas di bawah undang-undang islam(syariah). Ia satu tamparan kepada kita sebagai muslim dan persidangan ini telah berjaya menarik perhatian media massa yang meluas, dan mereka ini mampu utk menjadi onar dalam memporak perandakan kepahaman masyaralat islam berkenaan undang2 syariah juga kedudukan wanita dalam islam. pada hemat saya, sengaja saya bawakan ruang diskusi kita untuk lebih panas, membincangkan isu2 yang agak sensitif..saya sangat mengalu2kan kepada sesiapa sahaja untuk berkongsi maklumat dan menyuarakan pendapat.

Bagi memulakan diskusi kita hari ini,pertama sekali,izinkan saya perkenalkan ahli penel kita yg pertma hari ini. Beliau ialah aktivist agama yang sngat aktiv memperjuangkan isu2 agama di united kingdom. Alhmdulillah, kita sngat bertuah hari ini kerana kita berjaya membawa beliau, seorang yang sentiasa rendah diri tapi sngat bersemangt ke konti diskusi kita hari ini. Beliau yg sya maksudkan ialah saudara Khairu Hazwan bin Mustaffa. Baiklah saudara, dengan isu yang dibwakan hari ini, sejauh mnakah saudara melihat msalah ini? Apakah peranan kita sebagai sorang yang memahami agama utk membawa isu ini?

Saudara khairu Hazwan memulakan langkah bicara..:

Pertama sekali, ingin saya ucapkan terima kasih banyak2 kepada saudari kerana sudi menjemput diri yang tidaklah hebat ini untuk mengutarakan sedikit pandangan. Sya agak tertarik dengan perbincangan yg saudari bawakan..sebenarnya isu SIS sudah sekian lama melata, tapi tak ramai yang tahu dan ambil kisah.

baiklah, org boley kata macam2 tentang islam..tp fahaman kita pasal tentang islam itu sendiri bagaimana? individu2 islam semua, apa yg diorang buat tatkala islam bertubi2 kene serang..kene tindas..Perkara utama yg perlu ditekankan ialah kefahaman individu muslim..die kne faham apa itu beriman kpd allah, ehsan, sangka baik dgn allah, etc..org yg faham benda2 ni..insyaallah..dtg lah cubaan tuk mengelirukan die dri arah mana pon..mudah2 han die dpt menangkisnya..saya bg ideologi mudah,apa pandangan kita kalau ade org nk buat bible versi bahasa melayu? ade org marah dan kata eh xboleh.. mana boley buat bible dlm BM..nnti budak2 bace..abes sesat mereka nnti..mana boleh buat bible dlm BM..nnti budak2 bace..abes sesat mereka nnti..seolah2 die focus benda yg salah..die nk halang org buat terjemahan itu..xsetuju die kalau ade org terjemahkan.. walhal kenapa die tidak tingkatkan pemahaman al-quran di kalangan budak2..ajaran al-quran dan rasulullah..

bila budak2 benar faham tentang islam... dtg lah terjemahan cmne pon..dlm BM ker.. kalau budak2 ini baca bible sekali pon ,mereka bukan sesat.. malah mereka akan mengatakan alah bible ni mengarut shj..bukan mereka sesat..malah mengukuhkan kepercayaan mereka tentang al-quran dan islam itu sendiri..sbb tu benda ini yg perlu kita focuskan.. adakah mereka benar2 faham apa itu menjadi seorang islam.org2 mcm SIS tu mmg akan sentiasa ada...bila mereka buat kritikan barulah nk terjaga..selama ni kita enak di buai mimpi yg indah shja..bila mereka senyap, kene senyap balik..bila mereka bising kita bising..jd on off..on of..padahal usaha daqwah dan tarbiyyah itu kan secara berterusan..
Selain itu jgn kita dikelirukan dgn apa2 slogan..contohnya ade org guna nama islam, seperti Sister in Islam.pakai nama islam tetapi ajaran nya xsama dgn islam. benda inipon mudah mengelirukan org..yg penting rujuk al-quran n hadith..sbb tu sy rasa..kene fahamkan islam pada budak2 ini..itu masalah akar umbi..


Terima kasih atas kupasan yang sngat bersemangt dari saudara.. saya tertarik apabila saudara cuba memfokuskan masalah mengenai pengaruh daripada isu ini sebgai permasalahan yang harus dimulakan dari akar umbi. menjadikan topik perbicagan kita hari ini lebih luas dan semakin menarik..

kita akan terus kepada ahli panel kita yang kedua, tapi saya rasa ada eloknya kita berehat seketika utk mengemdurkan urat2 yg semkin tegang..(heeeee)


****************************************************************************************


sedikit maklumat mngenai isu ini:

Pemuda PAS, Persatuan Ulama PP bantah program anjuran SIS
Jimadie Shah Othman | Feb 13, 09 7:38pm | http://www.malaysiakini.com/news/98267


Seramai 200 sarjana Islam dari seluruh dunia akan berkumpul selama lima hari, mulai malam ini, di Kuala Lumpur untuk membincangkan tentang kesaksamaan dan keadilan dalam keluarga Islam.

Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Berhubung Keganasan terhadap Wanita, Dr Yakin Erturk dijadual hadir di program global mengenai kesamaan dan keadilan dalam keluarga itu.

Mesyuarat lima hari itu akan menyaksikan ulama terkemuka Islam, pengamal undang-undang dan aktivis dari 55 negara meneliti undang-undang yang mengikat, membentuk dan memberi kesan terhadap keluarga Islam. Ia dianjurkan Sisters in Islam (SIS), kumpulan penyokong hak-hak wanita dalam Islam di Malaysia.

Menurut kenyataan SIS, Penasihat khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat merupakan hos kepada program tersebut.

Bagaimanapun, program anjuran SIS itu dibantah keras oleh Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) yang mendakwa pertemuan itu dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip Islam tertentu yang disepakati ulama muktabar.

Ia turut dibantah oleh Lajnah Dakwah dan Pembelaan Dewan Pemuda PAS pusat.

Dalam satu kenyataan hari ini, PUMPP mendakwa program itu berhasrat mempertikaikan, khususnya hukum syariah berkaitan dengan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulama muktabar.

Bantahan bersama

Malah, tambahnya, ia bakal dihadiri pelbagai tokoh "liberal Islam yang dipertikaikan oleh ulama Islam muktabar" yang bertujuan "menyebarkan propaganda" kelompok tersebut.

Sehubungan itu, PUMPP menyelar pelaksanaan program ini yang dilihatnya bakal merosakkan lagi akidah umat Islam di Malaysia, seterusnya membawa perpecahan serta memberi persepsi yang salah terhadap Islam kepada semua pihak, termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangannya di Malaysia.

"PUMPP juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program tersebut, seolah-olah tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa agama dalam negara seperti Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.

Sementara itu, Lajnah Dakwah dan Pembelaan Pemuda PAS pusat pula dilaporkan mendakwa, topik perbincangan dalam program itu - antaranya kesemarataan Islam, gender, poligami, faraid - akan menyentuh isu-isu sensitif berkaitan Islam.

Berikutan itu, Pengerusinya, Riduan Mohd Noor menyeru NGO Islam Melayu tampil membuat bantahan bersama terhadap program tersebut.

"Saya cabar mereka untuk tampil menentang program mempromosikan Islam liberal kerana ini juga merupakan agenda untuk meruntuhkan jati diri orang Melayu," katanya dalam Harakahdaily.

SIS dalam jemputan medianya berkata, program itu akan menjadi pertemuan pertama untuk reformasi undangan-undang keluarga Islam

***************************************************************************************


diambil dari penulis-http://rausyanfikir.com/)

Slogan seperti Equality, Justice, Fairness, Partiarchy, Fundamentalist, Extremist, Modern dan segala macam lagi kosa kata berbau falsafah dilontarkan semahu-mahunya oleh para delegasi dalam membincangkan bagaimana caranya hendak mengubah undang-undang syariah mengikut acuan hak asasi manusia tajaan Tamadun Barat.

Tapi ada eloknya para feminis ini menjawab soalan-soalan di bawah:
1. Why is the Global Meeting not open to the public since the issues to be discussed are of public interest?
2. What is wrong with Muslim Family Law in Malaysia ?
3. Will the family law you advocate cover gay couples?
4. What is the "contemporary approach" in interpreting the Quran?
5. Are you opposed to the use of Islamic teachings as a source of law and policy?
6. Are you going to use the UN machinery to pressure the Malaysian government to bring Islamic Family Law in line with the secular Family Law?
7. Some of your critics say that you are being funded by foreigners to promote "liberalisation" of Islam in line with the foreign policy objectives of the US and certain Western countries. What's your comment?
8. Who is funding this conference? Foreign funding?
9. Do you want polygamy to be banned and criminalized? What about adultery?
10. What are your views on Islamic inheritance rules?

Kalau SIS dan para feminis yang beria-ria benar ingin melakukan “reform” itu dapat menjawab soalan ini dengan baik maka penulis yakin dialog yang lebih bertamadun dan adil dapat dilakukan oleh pihak berwajib.

Melihat skala persidangan ini, disamping promosi di media massa yang meluas, SIS sekali lagi berjaya menunjukkan mereka mampu menjadi satu “force” dalam memporak perandakan kefahaman masyarakat Malaysia berkenaan undang-undang syariah dan juga kedudukan wanita dalam Islam.

Pada hemat penulis, masalah yang diperjuangkan SIS dan para feminis liberalis ini perlu dilihat dari dua sudut:

1) Agenda hegemoni pemikiran liberalisme agama, dan hak asasi manusia tajaan Barat (ancaman luar)
2) Kelemahan komuniti Muslim dalam menangani permasalahan kekeluargaan dan kefahaman agama ( ancaman dalaman).

*untuk maklumat lanjut mengenai isu ini boleh ikuti penulisan di laman berikut:
youmusthink.blogspot.com

1 ulasan:

  1. hoa3...unil,SIS ni ak pon tatau la apa motif dorg,yg ak tau la,dorg ni pejuangkn hak wanita kt msia~kununnya xselari ngn keperluan wanita n xmndpt pembelaan yg setimpal dlm institusi kekeluargaan..

    nwy,ak xreti sgt bca bahasa2 baku hg...hoa3... bm ak dh la ancus~kui3..

    BalasPadam