Khamis, 19 Mac 2009

Seminar dakwah

Alhamdulillah..pergerakan perkhidmatan masyrakat(PPM)USM dgn kerjasama pusat islam USM dan PMC(penang medical college) akan menganjurkan:
SEMINAR DAKWAH MAULIDUR RASUL yang membawa tema mendepani cabaran umat islam masa kini.


Perkara yang akan dibincangkan antaranya:
1)Penggunaan istilah ALLAH:agenda tersembunyi.
2)persoalan daripada bukan islam/non muslim:hidayah atau ancaman
3)kepentingan berdakwah:Tanggungjawab atau hobi.

Penceramah:
BRITHER SHAH KIRIT(chief da'wah officer,islamic information & services foundation)

Tempat:Bilik tutorial 142,USM

tarikh:28 march 2009,sabtu

masa:2.30 ptg - 5.30 ptg

yuran:RM5.00

PENYERTAAN AMATLAH DIALU2KAN!!!
hubungi Qayyum-019 9619322

sayang tersangat2...


waktu dekat laptop menunjukkan jam 4 pagi tapi mata ni masih juga segar bugar,tak tergoda lansung walupun tengok bantal tergolek2 atas katil.ni mugkin sebab angkara sekumpulan akak2 ni kot,yang menggamatkan suasana saraf mengantuk sayer.hehehe(eshh aper aku merapu nih).Sebenarnya baru balik dari surau restu berjumpa dan berusrah skit dgn akak2 ppm yang mcm2.huhuhhu nak jadikan cerita,mula2 dikhabarkan oleh kak wahida ada perjumpaan sket dekat surau restu dgn ahli2 ppm yang lain.wahhh rasa sronok sngat nk pegi.sbb rindu nk jumper dgn semua,nk mesrakan lagi ukhwah yg dah terbina,nk tahu perkembangan sahabat2 semua.ermm waktu sampi surau tu,jam dah dekat pkul 12.waktu tu mama tlefon,saya gitahu kater ada usrah,mama pelik nper wat usrah lewat2..hehehe itulah ppm,unik dari yang lain.

bermulalah perjalanan usrah atau lebih kpda perjumpaan ilmu lah..Al fatihah dimulakan dan kak wahida mengacarakan majlis.dduk2 jer dah nmpak mkanan.dgn murtabaknyer,apam baliknyer,jagung rebus lagi..bestnyerrr,dapat mkan.Tapi bila nk start jer,plik jugk tngok akak2 ni,lain jer nmpak.walaupun diorang control n wat mcm tak der paper,tapi saya leh rasa ada someting.aper pn sya diam jer,simpan dalam hati.semua akak2 duduk sebaris,eshh tetiba rasa takot,macm nk kena interview jer rasa bila akak2 mula dgn tnya2 soalan..mula dgn perkembangan diri,pastu matlamat hidup,pandangan tentang akak2 ppm,pastu soalan ttg situasi dan mcm2 lagi.tapi yang berstnyer,akak2 ni senyum jer.murah btul dgn senyuman.dan itulah yang uniknya akak2 ppm ni sbb sentiasa kaya dgn idea2 utk mgnguji dan mngajar adik2 mcm kami ni..hehehe

Buat akak2 semua,pngalaman sepanjang pagi ni mmg sngat2 manis.semnis kenangan yang kita lalui sepnjang bergerak kerja dan berdakwah.kalau boleh rasa nk hentikan masa waktu jer,nk waktu tu tak berganjak supaya kita dapat terus bersama.dari awal mmg tak henti gelak dan ketawa.kadang2 masing2 berlumba2 mnyakat dan mgusik antara satu sama lain.malah ada jugak yg kita sembang sampai terkeluar sket dari topik,astaghfirullah..bila masing2 sedar,mula fokus balik..mmg seronok,meriah terus surau restu dgn suara muslimah2 ppm.Pada sya kita bergelak dan bersuka waktu tu bukan sesuatu yang laghaa tapi utk merasai keindahan ketawa yg boleh menggetarkan jiwa2 kita,itulah nikmat yg ALLAH anugerahkan pada hamba2NYA.dalam kita bergelumang dgn keseriusan menyiapkan tugasan dan meghadapi test serta exam,ketawa adalah pengubat yang dapat megendurkan urat2 saraf tension.huhuhu macm2 diceritakan,rasa mcm dduk sembang dalam family sendiri,waktu tu habis pecah laa rahsia masing2.kak wahid,kak fairuz,kak ana,kak asma,kak lilllah,ayuni dan qayyum..shhhh tak leh citer kt sini..

Buat kkak2 semua,kak fairuz,kak asma,kak lillah,kak wahid dan kak ana terima kasih bnyak2 kerana memberi dan membawakan sebuah penglaman yang tak mungkin saya lupakan.bnyak yg sya belajar dari akak2 semua,tak kira dari hal yang paling simple sampai lah kepada hal yg paling rumit.Yang paling penting adalah kasih sayang dan perhatian yang akak2 smua berikan,sampai kadang tersa mcm dimanjakn sngat jer..ukhwah yang akak2 bentuk,mebuatkan sya sngat2 terharu.dan satu lagi harap sngat hari bersejarah saya nnti akak2 dapat pergi,ermm teringn nk kongsikan dgn akak2 jgk.hehehe sedihnya bila fikir sem depn akak2 dah tak da.mesti sunyi ppm nnti,mesti rindu nk dngar kak fairuz berleter dan mengomel,mesti rindu nk tengok kak wahid buli2 orang dan kene buli balik,mesti terngiang2 jaa nasihat2 kak lillah yang sentiasa bersemngat,mesti terbyang2 ja senyum kak ana,mesti terasa jer kak asma yg lembut jer memujuk..ermm pasti semua tu akan jadi kenangan yang tercoret manis pada sejarah ppm.akak2 mmg best!!akak2 mmg baik..sayang tersngat2 akak2 semua,sayang dan cinta yang tak mampu saya nilaikan..

Buat ayuni dan qayyum sahabat seperjuangan sya,moga kita akan terus kkuh berjuang dalam ppm dan akan terus memperjuangkan apa yang telah dititipkan buat kita.saya sayang korang sngat2,sayang yang tak mampu sya zahirkan dgn hnya kata2..

Sedikit untaian sjak buat akak2 dan sahabat2 semua:

Ku tak pandai utk bermadah pujangga,
ku tak reti utk berpuisi lara,
ku tak bisa berseloka indah,
namun,
medan hatiku sarat dgn nurkilan cinta,
terbentuk kerana jiwa kasih yg dilakar,
oleh shabat2 seperjuangan yg hebat,
ku temui dipersada dakwah islam,
bersama mereka,
asuhan tarbiyah tak pernah henti,
oleh akak2 dan abg2 yag telh lama berjuang,
tak lokek berkongsi ilmu,
tak lelah menunjuk ajar,
pada mereka kubayangkan kekuatan mujahidah,
merelakan diasuh dan dibentuk,
dibawah lembayung ppm,
kemanisan ukhwah kurasai hadir,
belaian kasih syang meredup dan mendamaikan,
walau penat,letih,susah,payah,
menangis,merintih...
pelukan semngat dihulur,
tak kira masa dan tempat,
buat kalian kakak2 dan shabat yg kusyangi,
dimedan tempur ppm,
keluhkan rasa cinta pada ALLAH,
berjuang utk islam,
berbakti utk manusia,
moga syurga menemukan kita disana.


(sori kalau tak sesedap sjak kak fairuz dan kak lillah)

Rabu, 4 Mac 2009

Air mata di gaza

"Jadi lepas ni tak perlu boikot lagi laa"kata seorang remaja dengan wajah ceria yang dibuat2.Barangkali ucapan ini mewakili sebahagian daripada umat yang tidak mempunyai 'saudara2' di gaza yg baru2 ini meragut lebih 1300 nyawa akibat tindakan kejam tentera zionis israel..
Inillah pembunuhan beramai2 terbesar dalam abad ini.Inilah tragedi air mata di gaza yg menyayat hati. Rakyat yg kehilangan org tersayang dan harta benda meratap hiba namun air mata darah sekalipun tidak akan dapat megembalikan orang tersayang angkara perbuatan tidak berperi kemanusiaan rejim zionis.

Pada 27 januari 2009, warga palestin,Anwar al-Derim,berusia 24 tahun terkorban berhampiran sempadan gaza dgn israel.
Tragedi serangan militer ke atas kem pelarian Sabra dan Shatila pada 16 hingga 18 september 1982 tentunya agak segar dalam memori majoriti umat malaysia.Dalam tragedi itu,seramai 3000 hingga 3500 orang palestin dan lubnan terbunuh.
Golongan Phalagis(pengganas dan ekstrimis kristian) dikatakan datang dengan trak tentera.Pada mulanya mereka menggunakan pisau utk membunuh secara senyap.Dan pada keesokkannya iaitu hari jumaat,pembunuhan beramai2 dilakukan escara terbuka dan terang-terangan dengan menggunakan senapang dan bom.
Gaza pernah menjadi saksi penbunuhan beramai2 apabila Bandaraya Gaza diserang dengan Mortar 20mm pada 5 April 1956.Seramai 60 warga gaza terkorban.

Jika kita lihat ke belakang, inilah antara siri penyerangan tentera yahudi kepada rakyat palestin.Apakah selepas 50 tahun akan datang, trgedi serangan 22 hari ke atas gaza pada beberapa minggu lalu juga akan dilupakan?

Boikot!!terus boikot..inilah bentuk perjuangn dan mujahadah yang boleh dan logik dilakukan oleh kita..perjuangn boikot adalah menefestasi iman..

Ingatlah akan pesan Syeikh Yusuf Al-Qardawi
"Setiap riyal, dirham, dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akhirnya menjadi menjadi peluru yang akan menembusi tubuh saudara2 dan anak2 kita di palestin.Oleh sebab itu,adalah menjadi kewajipan untuk tidak membantu mereka dengan membeli barangan mereka."

(cebisan maklumat daripada majalah milenia muslim,edisi mac 2009)

Selasa, 3 Mac 2009

MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT(MBM)


Buat sahabat2 suma,jom laaa kita sama2 daftar untuk program mahasiswa bersama masyarakat(MBM) anjuran pergerakkan perkhidmatan masyarakat(PPM)..antara objektif yang akan dijana sepanjang program nanti ialah:

1)Memberi pendedahan kepada para peserta tentang peranan dan tanggungjawab mereka selaku anggota masyarakat yang bergelar mahasiswa/wi.

2)Memberi melatih para peserta kaedah berkesan berkomunikasi dan menyelami kehidupan sebenar masyarakat terutamanya masyarakat kampung.

3)Membentuk diri para peserta agar lebih prihatin dan sensitif dengan isu-isu berkaitan masyarakat.

4)Menerapkan nilai cintakan agama, budaya dan kemasyarakatan dalam kalangan peserta dan penduduk kampung.


Berikut adalah maklumat tentang program tersebut:

Tempat: Kg Darat pulau pinang yang akan melibatkan 3 kg.
Tarikh: 1 mei hingga 9 mei.
Bayaran: RM35.00
Tema: MAHASISWA-MASYARAKAT ADALAH SATU KOMBINASI PENTING..


kalau nak tanya atau daftar, maklumkan di sini pun boleh..(^_^)

" Marilah sahabat2ku sekelian,alirkanlah masa,tenaga,idea dan ilmu anda untuk sama2 kita berbakti kepada masyarakat..sesungguhnya kitalah pemangkin untuk suatu perubahan.."