Isnin, 24 Ogos 2009

kemeriahan ramadhan

Alhamdulillah..bertamu lagi kita dengan ramadhan tahun ini.Selamat meneruskan ibadat puasa dan semoga iman kita menemui kemanisan yang luar biasa.

Ramadhan ni adalah yg pertamanya saya menyambut sebagai seorang suri.hehehe satu anugerah yang istimewa dirasakan.kebetulan awal ramdhan disambut dalam cuti pertengahan semester.jadi,kami blik sambut dekat kampung..

awal cuti seminggu sya dan suami habiskan cuti dikampung saya,ekoran menjaga adik saya yang sedang mengikuti percubaan PMR.mak dan ayah saya pergi jhor tengok kakak saya..permualaan ramadhan tiba,Suami saya ajak sambut malam pertama terawih disurau kg dia.sebab katanya mmg awal lagi dah niat nk jdi imam tuk mlm pertama terawih.

Ajakan ustz(sya lebih selesa bhasakan ustz) sya sambut dgn diam.terfikir adik yang bongsu kat rumah,tak sampai hti tinggalkan dia sorang2.dari pagi sampai mlm sya teremenung berfikir,serba salah pun ada jugak.nak tolak tak sampai hati,risau mengecewakan hati ustaz.mak dekat kg sana pun telefon bgitahu orang2 kg tnya ustaz blik tarawih sni tak?diorang harap sngat ustaz blik.sememangnya ustaz sngat rapat dengan orang kampung.

Alhamdulillah,tetiba dapat msg adik kembar sya bgitahu dia on the way blik rumah .Ya Allah,tenang rasa hati.sekurang2 ada jugak yang teman jga adik bongsu sya.

petang tu jugak kami bertolak blik yan.sampai2 sana lgi 15 minit nk msuk isyak,sempat siap2 dan kemas diri.Alhamdulillah,kepulangan kami disambut mesra adik beradik yang lain yang sama2 blik jugak,semua nmpak happy sok nk puasa.

rumah ustaz,depan surau jer.dengar ja azan,rasa syahdu sngat2.berkobar2 nk pegi solat terawih dalam suasana dan tempat yang baru.kami jalan kaki pegi surau satu family.sampai2 ja depan surau,jemaah yang lain menyambut ustaz,semua happy and seronok.dalam riuh2 tu terdengar sorang jemaah jerit kata,"haaa,kan saya dah kata,ustaz mesti blik jdi imam.."Ya Allah,terkedu saya seketika.bayangkan klu kmi tak dapat blik..

Alhamdulillah,sepanjang terawih tak henti sya mengucapkan sykur.mmg tak sngka meriah sngat2 terawih dekt surau tu.jemaah penuh smpai depan pintu surau..sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terjadi.

begitulah,antara istewanya ramadhan adalah dengan adanya solat terawih.semoga kita dapat sma2 mengimarahkan bulan mulia ini dengan berpesta ibadah.insyaALLAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan