Jumaat, 27 Februari 2009

Sabarlah dengan kerenah...


ALLAH menjanjikan kepada orang2 yang sabar pahala untuk mereka tanpa hitungan,ertinya tanpa batasan tertentu mahupun angka tertentu ataupun ukuran tertentu.namun mudahkah untuk kita sabar?

Bagaimana seorang ibu terpaksa berhadapan dengan kerenah anak2nya.Bayangkanlah kelau seorang ibu mempunyai 10 orang anak,dia terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah yang berbeza hari2.bukankah kerana nilai kesabaran yang tinggi dalam diri seorang ibu menjadikannya mampu bertahan dan masih mampu utk tersenyum.Bagaimana seorang guru, terpaksa menghadapi beratus-ratus kerenah anak2 muridnya,ada yang nakal,ada yang pendiam,cerewet,malas..Bagaimana seorang bos perlu berhadapan dgn kerenah pekerja2nya,orang2 bawahannya,klien2nya atau kerenah pelanggan2nya.Bagaimanakah seorang doktor yang terpaksa menghadapi kerenah pesakit2nya yang macam2 dari hari ke hari,bagaimana seorang pramugari terpaksa berhadapan dengan beribu macam kerenah penumpang kapal terbang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat,pelbagai latar belakang dan sikap.Bagaimana dengan kita sendiri, kerenah apa yang perlu kita hadapi sehari2? mungkin kerenah romate kita yang berbeza cara hidup,pemikiran,atau mungkin bidang berbeza, kerenah pensyarah2 kita,kerenah teman2 sekuliah dan banyak lagi antara rencah-rencam kerenah dalam kehidupan ini.

Sekumpulan teman sya daripada course berbeza seringkali merungut dengan kerenah seorang lec mereka. boleh dikatakan hari2 ada shaja cerita ttg lec mreka tu..kadang2 mereka mrungut sesama2 mereka.."eiiii..bencinya lec ni,bagi keja bnyak pastu kena anta cepat!" kadang kalau blik dewan kuliah selau jer mereka kata "menyampah dekat lec ni,cakap bnyak dalam dewan kuliah,kutuk2 orang melayu.pastu anta projek lama terus bagi projek baru..kejamnyaa"..inilah antara2nya..malah kita sendiri,tak mampu lari kadang2 akan merungut dengan kesusahan yang kita alami kankan. kadang tunggu bas lama pun dah merungut sorang2,kan..

ermm apa yang membuatkan kita sbg manusia yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah mampu untuk terus bertahan..?
kalau tanya sya,jawanpannya sangt simple, SABAR! ibnu qayyim pernah berkata.."kedudukan sabar dalam iaman laksana kepala bagi seluruh tubuh.Apabila kepala sudah dipotong maka tidak ada lagi kehidupan di dalam tubuh."

Itulah hakikat sabar..kalau kita ada sabar dalam diri, datanglah kerenah apa sekalipun, pasti kita mampu untuk mengahadapinya. Malah kita sebagai mahasiswa yang turun dalam bergerak kerja, kadangkala kita perlu berhadapan dengan kerenah teman2 perjuangn yang sangt pelbagai,kerenah orang atasan,kerenah pihak luar dan kadangkala kerenah masyarakat sekeliling.Apa yang boleh membuatkan kita untuk terus kukuh dan mampu untuk bertahan di jalan islam dan meraih kejayaan adalah iman,amal solih dan kesabaran. Sabar adalah sebab untuk mandapatkan pelbagai kebaikan dan menolak keburukan.Begitu pula sabar boleh menjadi sebab seorang hamba meraih kenikmatan abadi iaitu syurga.maka,bersabarlah sahabat2ku...

"mereka itulah orang2 yang dibalas dengan kedudukan tinggi(di syurga) dengan sebab kesabaran mereka."(Al-furqan:75)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan