Ahad, 26 April 2009

bingkisan raja sehari

Asalamualaikum..alhamdulillah..dengan rasa penuh kesyukuran yang tak terhingga pada ALLAH yang Maha pengasih dan penyanyang masih diberi kesempatan untuk sya mengerakkan jemari ini di kekunci keybod melakar sedikit jemputan.hehehe Buat teman2,sahabat2,kakak2 dan abang2 ke majlis walimatul urus saya.Pada sesiapa yang saya tak sempat bg kad maaf sgat2 ya..kerana kekangan masa,tak dapat sya nk bertemu dgn semua untuk menghulurkan kad.terutama buat rakan2 dari pusat sains kajihayat USM dan exco2 serta PE persatuan biologoi,sahabat2 dalam Pergerakan perkhidmatan masuyarakat(PPMM) dan teman2 dalam persatuan mahasiswa islam.Harap dapat trima jemputan dekat blog nie yer..dibawah adalah maklumat2 majlis sya..

Majlis:Walimatulurus saya(husnil amariyaty bt mat rejab) serta abang saya(ahmad syairazy b.mat rejab).
Tarikh: 31 mei 2009
Hari : Ahad
Tempat:di kediaman sya,Belakang sek.keb.Tunjang,06000 Jitra.
Pertanyaan:019-9890521 &0174620241

Rabu, 15 April 2009

Hatiku rindu...tapi..


Ya...hatiku rindu tapi tingkahku menidakkan utkku bertindak meluahkan rindu itu..rinduuu,rindu pada kakakku yg amat ku syangi.namun,kumenyepikan diri dari dia.rasa bersalah sngat2."Kakak mintak maaf sngat2,sbb menyepikan diri dari kakak.tak angkat telefon tiap kali kakak col.rasa sedih bila terfikir balik..." Tapi mmg sapa2 yang tak berkenaan col mmg d*** tak angkat,tak nk menggangu emosi buat msa ni.nk tumpu exam...Bukan niat ingin mengeruhkan keadaan,bukan niat ingin pinggirkan diri.tapi,hati ni terasa sesuatu dgn kakak.tersa sngat2,sampailah bila tangan ni pegang anset nk col kakak,mesti tak jadi,rasa sebak..tapi walaupn mcm tu,perkembangan kakak tak pernah d***(panggilan dirumah) lupa ambik tahu.hari2 col tnya mama perkembangan kakak.mcm mna kandungan kakak,kesihatan kakak.

Buat kakakku,sebenarnya teringin sngat harap kakak faham dan memberi sokongan.sebenarnya,waktu nk buat kepeutusan ttg perkara tu,d*** tak buat secara tiba2 mahupun terburu2..d*** tahu ini bukanlah perkara biasa yg bleh buat main2.beberapa mlm d*** buat istikharah mhon diberi ptunjuk untuk membuat kputusan dgn yakin.tak lupa solat hajat dan munajat pada ALLAH sebnyaknya.D*** tak bgitahu sesapa sblm d*** dapat jawapan.ALhamdulillah,setelah rasa yakin barulah d*** bgitahu semua.D*** tahu ramai yg sush nk trima.tapi percayalh d*** ada sbb tersendiri.D*** bukan pkir hnya utk kpentingan diri semata2 tapi semua d*** fkir.D*** yakin dgn apa yang ALLAH tetapkan dan d*** yakin juga ALLAH lbih mengetahui apa yg terbaik.

Alhamdulillah,mama abah restui..adik beradik yg lain pun terima.tapi kakak mcm tak suka.d*** terasa..mcm2 kakak tnya,mcm2 kakak soal.tiap kli lpas ckap dgn kakak d*** nagis.tapi selagi termampu d*** bersabar dan menerangkan dgn baik.D*** bersangka baik pada setiap yg kakak cakap.walaupun sedih tapi d*** tahu kakak risau kan.tak ykin dgn adik kakak ni.percayalah kak,setiap yg baik itu,ALLAH akan beri pertolongan.D*** tak kisah kalau org lain cemuh dan tohmah mcm2,sbb diorang tak tahu dan tak faham,diorang tak pernah lalui dan lihat.jadi pada kita yang ada ilmu,pada kita yg tahu,tak bleh lah kita nk melenting dan melatah seperti mreka.yaaa sbar dan kuatkan iman,itu yg penting.Setiap hari d*** sentiasa berdoa moga ALLAH permudahkan dan moga ALLAH buka pintu hati semua utk menerima dan memahami.

Sememangnya kita tak mmpu utk memuaskan hati semua org.dan sememangnya klu ada orang yg membangkang dalam kita melakukan perkara yang baik itu,maka kita sebenarnya berada dijalan yg betul. "hai orang2 yang beriman,jadikanlah sabar dan solat sbg penolongmu,sesungguhnya ALLAH berserta orang2 yang sabar.."..yaaa saya perlu terus bersabar...

Saat ku menyendiri ini,bukanlah untuk membina jurang dan kebencian dalam hati.tapi ku mnyendiri ini,adalah untuk ku membina kekuatan dan kasih sayang dan cinta yg lbih mantap dalam hati,moga apabila pulang nnti dapat kumenjernihkan kembali hari2 yang telah keruh berkocak supaya kembali tenang.ku rindu pada kemesraan dulu,kurindu pasa kenangn lalu,gelak tawa dan cerita2 lucu bila kita berkumpul ramai2..ermmm rindu sngat2..percayalah,cinta yg suci itu tidak memisahkan tapi menyatukan..

Ahad, 12 April 2009

nilai kehidupan..

“kehidupan ini kalau direnung dalam-dalam ia bagaikan angin bermusim ombak bersabung.tak dapat kita leraikan kusutnya antara simpulan masa dan peristiwa.kadangkala kita rasa diri sudah cukup dengan kebaikan dan adakalanya kita bagaikan tak pernah melakukan apa-apa selain dari mencemarkan diri dan menghitamkan hati.tanyalah pada diri dimana iman kita.dimana islam kita,dimana dakwah kita,dan dimana ukhwah kita..moga hidayah Allah sentiasa besinar di jiwa kita…”

#Nilai hidup letaknya pada hati dan perasaan bukan pada harta dan kekayaan.sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara,di akhirat sana yang kekal abadi,dunia ini hanyalah persingahan sementara untuk kita nikmati khayalan yang penuh dengan kedukaan.

#Kemuliaan hidup seseorang itu tidak kerana pendidikanya atau pekerjaannya,seseorang itu jika dimuliakan Allah pasti akan juga mulia dimata manusia.

#Kata Ibnu Athaillah,:la yukhriju asy syahwata illa khaufun muz’ijun aw syauqun muqliqun..;
maksudnya:tidak ada yg dapat mngusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang mengetarkan hati,atau rasa rindu kepada Allah yg mambuat hati merana..

#orang yang jiwanya dibersihkan oleh takwa,fikirannya disucikan oleh iman,dan akhlaknya dihiasi oleh kebaikan akan menerima kecintaan dari ALLAH dan sesama.
#kebahagiaan adalah sebuah pohon yang airnya,makanannya,udaranya,dan cahayanya adalah sebuah keimanan kepada ALLAH dan akhirat.

#Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayangnya, belas kasihannya dan kemesraannya,
laksana sebatang tubuh, bila salah satu anggotanya mengadu sakit,seluruh anggota yang lain sama-Sama merasa demamnya dan berjaga malam.”(Hadis riwayat Muslim)

jangan serabut ya kawan2

Sedang dalam bertungkus lumus study untuk menghadapi exam final start hari isnin ni,berlaku satu revolusi yang sngat2 mengejutkan. Tanggal 9 april yg baru berlalu ni,semua warga USM sudah boleh mula menyemak keputusan permohonan desasiswa untuk sesi 2009/2010 dekat laman web USM.Sedang tengah study2 tu,tetiba dikejutkan oleh jeritan kecil romate sya menyatakan dia tidak dapat desasiswa.esshh sya kata silap cek kot.dah ulang cek 3 kali,jawapn yg sama jugk kluar.Dia dah mula kelam kabut dan gelabah.Bila tnya,ramai lgi kawan2nya yg lain menrima nsib yg sama.Maka bermulalah kegemparan yang luar biasa di kalangan pelajar2.dekat kafe2,jejantas,dalam bas,dekat bilik semua sbuk mmpertikaikan masalah yg terjadi ni.masing2 membuat ksimpulan dan hepotesis tersendiri,mencari mungkinkah ada agenda yg tersembunyi.Mengeluarkan punca2 dan faktor ramai yang disingkirkan dari desa..

Buat sahabt2 dan kawan2 yg tak berjaya dapat desa,jgnlah menganggap bahawa ini satu masalah yg besar sehingga boleh mentensionkan diri.ermmm ni lah masa utk kita kluar dan lbih berdikari kan.Mugkin selama ni kita teralu dimanjakan,shingga apabila tiada penempatan utk sem depan,terus semua melatah dan kelam kabut.melhat ini satu masalah yg sngat membebankan..cuba tengok pelajar2 di luar ngara,knapa mereka lbih cepat mtang dan bleh survive dekt ngara org.Diorg pergi pn tak tahu jugak dekat sna tempat tinggal dekat mna n mcm mna.ada kawan sya perempuan,waktu baru pergi dekat russia,disebabkan tak ada tempat tinggal yg dekat dgn U dia,dia terpaksa tinggal jauh.nk pergi kelas kena naik train hampir sejam dan naik bas pulak sejam baru sampai dekat u dia.Hmmmm ada baiknya klu kita ambik masa dan bertenang,dduk ramai2 dan berbincang mencari pnyelesaian kpda msalah ini.Sangat penting utk kita sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik pada sesiapa pn.Tak per lah klu tak dapat..pasti ada jln penyelesaianyaa..Rumah sewa pn bnyak kan dekat luar tu.Kalau sblm ni kita hnya klik ja dekat laptop daftar blik,pastu nnti datang U ambik kunci,terus angkut barang masuk bilik kan,tapi kali ni kna usaha sket la utk mencari tempat tinggal.InsyaALLAH,ALLAH pasti akan permudahkan..sabar yaa..

dah2 jgn serabut2..tumpu study tuk eaxam ni dulu ya..Gud luck semua tuk final exam ni.Semoga diberi ketenangan untuk menjawab dan dapat keputusan yang cemerlang..caayokk..

Rabu, 8 April 2009

Rasa berTUHAN...

Rasa Bertuhan-Mawaddah

Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati n jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya

Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar pendengaran
Penglihatan dan pengetahuannya
Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia ini tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya..

Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat

Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabnya

Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhan
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya



(nk share sangat,sebuah lirik yang begitu indah untuk dihayati..tambah kalau dengar lagu ni waktu lpas wat tahajjud,rasa kerdil sngat diri..Apakah cukup rasa bertuhan didalam diri ini..layakkah untuk berasa bangga dgn diri yang penuh kelemahan ini..subhanaALLAH..besarnya kasih sayang dan rahmat dariNYA buat kita..)